السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
dan Salam Sejahtera
Harini nak kongsikan artikel berkaitan pemakanan sunnah juga iaitu SUSU dan KOPI...
![]() |
AIR ITU SUNNAH :) |
Saya tertarik dengan ulasan dari Cikgu Mat ni, moga ianya memberi manfaat dan pengetahuan buat kita semua. Baca dengan hati yang terbuka diiringi dengan sifat Husnuzzhon. Itu yang terbaik, In Sya Allah... ;)
'Manakah lebih baik dan lebih 'sunnah' antara susu unta,
susu kambing, susu lembu dan susu soya?'
1. Apa itu sunnah?
Sunnah adalah perkara yang disandarkan pada Nabi SAW dari
segi perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat sama ada sifat peribadi Nabi
atau sifat pada rupa bentuk jasad Nabi.
2. Adakah semua sunnah sama kedudukannya?
Tidak. Sunnah mempunyai kedudukannya yang tertentu mengikut
tempat, masa dan kesesuaian suasana tapi tidak bermaksud kita boleh
merendahkannya atau menghinakannya.
Contoh seperti situasi di atas. Mana yang patut didahulukan?
Adakah perdebatan atau penghormatan terhadap sunnah masjid
dan menjaga silaturrahim di kalangan orang Islam?
Antara perbuatan para imam mujtahid dan salafussoleh adalah
mereka meninggalkan perbuatan berdebat di masjid kerana larangan mengangkat
suara ketika berada di dalam masjid sekalipun atas urusan agama.
Bahkan masjid adalah tempat 'mencari' kelembutan hati antara
hamba dan Tuhannya. Bukan tempat yang sesuai untuk mengeraskan hati dengan
sebarang perdebatan yang berkait dengan soal agama atau lainnya.
Perdebatan para ulama salafussoleh tidak pernah dilakukan di
masjid. Ia dilakukan di istana atau di tempat tertutup demi menjaga maruah
kedua belah pihak.
3. Apakah berdebat juga sunnah?
Perdebatan adalah sunnah dakwah para nabi termasuk Nabi
Muhammad SAW sebagai salah satu jalan untuk membuka pintu kesedaran akal kepada
umat masing-masing.
Antara sunnah yang mengiringi sunnah berdebat adalah:
i- Hendaklah didahulukan dengan adab.
Boleh mengangkat suara tapi jangan hingga mengundang
perbuatan kekerasan dan tidak menyentuh sifat peribadi lawannya atau
keluarganya.
ii- Hendaklah diiringi dengan ilmu.
Orang bodoh hendaklah dijauhi dalam berdebat. Jika berlaku
juga perdebatan, tinggalkan mereka secepat mungkin.
iii- Hendaklah dengan 'hikmah' iaitu kebijaksanaan.
Menggunakan alam atau perumpamaan sebagai dalil akal untuk
menunjukkan maksud yang boleh diterima oleh akal manusia.
iv- Hendaklah mencari kebenaran, bukan kalah dan menang.
Syarat ini paling susah diikuti kerana perdebatan biasanya
hanya bermaksud untuk mengalahkan lawannya dan memenangkan diri sendiri. Ini
adalah perbuatan jahiliyyah yang ditegah untuk diikuti.
4. Adakah susu kambing sunnah? Atau susu itu sunnah?
Saya tercari-cari hadis yang sahih yang berkaitan sunnah
Nabi meminum susu kambing tapi ternyata lebih banyak hadis-hadis dhoif dan
palsu berkaitan susu kambing.
Yang jelas disebut oleh Nabi berkaitan kesihatan adalah susu
unta. Minuman Nabi dari susu kambing sangatlah sedikit terdapat ceritanya di
dalam sirah.
Hadis: Nabi SAW menyuruh beberapa yang sakit di
Madinah supaya berubat dengan susu unta dan air kencingnya. (Sahih
al-Bukhari; 5686).
Diriwayatkan dari dari Ibnu 'Abbas, dari Nabi SAW; "Pada
susu unta terdapat penawar bagi zaribah"(Syarah Musykil al-Atsar -
Ibnu al-Munzir).
# # # # #
Perbincangan lebih terperinci dalam beberapa sudut:
SIRAH:
1. Ketika berada di kampung ibu susuan Baginda, tanah
menjadi subur dan susu kambing menjadi banyak sebagai tanda 'tuahnya' baginda
SAW ketika kecil.
Susu kambing menjadi minuman keluarga Halimatus Sa'diyah. Nabi ketika kecil hanya minum susu ibu, bukan susu kambing.
2. Nabi memelihara kambing ketika bersama pakciknya dan menggunakan susunya sebagai minuman harian keluarga Abi Talib.
Susu kambing menjadi minuman keluarga Halimatus Sa'diyah. Nabi ketika kecil hanya minum susu ibu, bukan susu kambing.
2. Nabi memelihara kambing ketika bersama pakciknya dan menggunakan susunya sebagai minuman harian keluarga Abi Talib.
3. Nabi meminum susu kambing ketika peristiwa hijrah bersama
Abu Bakar r.a dari kambing yang dibawa bersama untuk menutup jejak langkah Nabi
SAW sepanjang perjalanan itu.
HADIS:
1. Terdapat beberapa hadis sahih yang menceritakan tentang
'mengembala' kambing sebagai pekerjaan para nabi termasuk Nabi Muhammad SAW
bukan meminumnya.
Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah
SAW:
“Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”.
Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?”
Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
“Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”.
Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?”
Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
2. Hadis yang disebut bermanfaat untuk kesihatan hanyalah
susu unta. Rujuk hadis susu unta sebelumnya. Bahkan ramai ulama perubatan
menyatakan kajian mereka bahawa susu unta lebih baik daripada susu kambing.
3. Hadis yang PALING BANYAK disebut adalah SUSU ITU
SUNNAH, tanpa merujuk kepada susu kambing atau susu unta.
+ Maksud susu itu adalah umum. Selagi mana sesuatu
minuman itu digelar sebagai susu sama ada dari haiwan atau dari tumbuhan, maka
ia adalah sunnah!
Nabi SAW berpesan kepada sahabatnya,
"Janganlah engkau menolak 3 perkara apabila diberikan. Bantal (untuk tujuan bersandar), minyak wangi dan susu".
"Janganlah engkau menolak 3 perkara apabila diberikan. Bantal (untuk tujuan bersandar), minyak wangi dan susu".
+ Pendapat ini dikuatkan oleh hadis Israk dan Mikraj
iaitu, Abu Hurairah telah berkata,
"Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu.
"Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu.
Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah
menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya
binasalah umatmu.”
Susu itu tidak diikat maksudnya dengan kambing, lembu, unta
atau soya!
+ Diperkuatkan lagi dengan ayat Quran,
"Di dalam syurga itu ada sungai yang airnya tidak masin. Ada sungai yang airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".
"Di dalam syurga itu ada sungai yang airnya tidak masin. Ada sungai yang airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".
Semuanya dalam bentuk mutlak atau umum. Tidak
disyarahkan oleh ulama dengan merujuk kepada susu kambing atau susu unta atau
susu lainnya.
Jelas ke sangat jelas?!
URUF SEMASA:
Adalah tidak adil bila mengatakan bahawa susu lembu dan susu
soya adalah tidak sunnah kerana ia berdasarkan kepada uruf setempat.
Nabi SAW ketika itu berada di Madinah yang jarang sekali
ditemukan dengan haiwan bernama lembu atau bijiran bernama soya.
Beleklah kitab-kitab sirah, tidak pernah diceritakan bahawa
di Mekah atau Madinah atau tanah-tanah Arab dapat ditemukan lembu yang diternak
oleh bangsa Arab.
Uruf setempat ketika itu adalah:
+ kambing sebagai peliharaan,
+ unta sebagai lambang kemewahan,
+ kuda sebagai persenjataan,
+ bijiran gandum sebagai makanan ruji,
+ kurma sebagai pemanis mulut
+ zaitun sebagai minyak dan beberapa tanaman yang lain
Tanpa saya nafikan bahawa apa jua yang Nabi dan para sahabat
mengambil manfaat daripadanya memang terdapat kelebihan yang banyak
Tapi pernah tak dengar syarikat yang menjual gandum seperti
Oat berkempen,
"Makanlah oat kerana ia dari gandum. Itu sunnah Nabi
dan tinggalkan nasi kerana ia bukan sunnah" ?
Maksudnya uruf diambil kira sebagai hukum!
KAJIAN:
Islam adalah agama kajian bukan agama ikut-ikutan.
Para ulama silam adalah pengkaji sehingga sejarah merakamkan
ramai dari kalangan ulama menjadi doktor, ahli astronomi, ahli jelajah, ahli
sekian dan sekian tanpa terikat dengan fahaman ikut-ikutan semata.
Dalam sebuah hadis sahih, daripada Rafi’ bin Khadij
katanya,
Rasulullah s.a.w. datang ke Madinah dalam keadaan
penduduk Madinah itu mendebungakan (mengahwinkan) pokok tamar. Lalu Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Apa yang kamu lakukan?"
Mereka menjawab: “Kami sering kali
melakukannya".
Baginda bersabda, "Boleh jadi kalau tidak
melakukannya tentu lebih baik".
Kemudian mereka tidak melakukannya lalu buah menjadi
tidak bermutu atau kurang.
Mereka pun mengadu hal kepada baginda.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya aku seorang manusia,
apabila aku memerintah kepada kamu dengan sesuatu urusan berkaitan agama kamu
maka hendaklah kamu berpegang dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu
dengan sesuatu dari pandangan aku sendiri maka aku hanyalah
seorang manusia."
Hadis ini perlu dicermati supaya tidak digunakan oleh
golongan yang menggunakan hawa nafsu dalam mengejar dunia mereka.
+ Nabi memberikan 'pendapat' baginda dalam soal
pengahwinan kurma ini kerana Nabi tidak mahu banyak masa umat Islam dihabiskan
di kebun-kebun kurma sehingga urusan mempelajari agama terabai kerana waktu
permulaan tiba di Madinah, umat Islam Madinah masih lemah dalam soal agama.
+ Adakah Nabi bercakap dari hawa nafsunya ketika ini?
Jawabnya tidak tapi bercakap atas maksud tersirat tapi
disalahfahami oleh masyarakat Madinah sehinggalah Nabi menyatakan,"Kamu
lebih tahu MENGURUSKAN urusan duniamu". Kerana Nabi SAW
diutuskan untuk memberi penekanan kepada akhirat.
+ Kenapa para sahabat tidak memperincikan arahan Nabi itu?
Menjadi adab yang berdosa jika para sahabat melanggarnya
adalah bersoal jawab atau mempertikaikan keputusan Nabi SAW hingga para sahabat
lebih memilih untuk diam dan taat kerana itu lebih utama bagi mereka.
+ Walhasilnya...pendapat inilah yang dinamakan kajian dari
pengalaman. Dalam hadis ini, kajian hasil pengalaman masyarakat Madinah dalam
pertanian kurma lebih digunapakai daripada pendapat seseorang yang dikeluarkan
tanpa kajian atau wahyu.
Jika pendapat Nabi sendiri sanggup Nabi ketepikan untuk
kebenaran, kenapa kita memaksa manusia mengikut pendapat kita yang juga jelas
tidak bersandar kepada kajian!
Ini juga menjawab persoalan saya dan para pembaca, kenapa
para ulama tidak menghuraikan susu manakah yang lebih dekat dengan sunnah Nabi
SAW.
Puluhan kitab dari pelbagai bidang saya cari perbahasan ulama mengenai susu ini tapi ternyata ulama meninggalkan huraiannya kerana berpegang dengan,
Puluhan kitab dari pelbagai bidang saya cari perbahasan ulama mengenai susu ini tapi ternyata ulama meninggalkan huraiannya kerana berpegang dengan,
"Kamu lebih tahu MENGURUSKAN urusan duniamu".
Maka kajian juga menjadi sumber dalil terutama dalam hal
dunia yang remeh seperti ini.
5. Walhasilnya adalah SUSU semuanya sunnah sama ada ia
dari binatang atau daripada tumbuhan berdasarkan keterangan yang saya jelaskan
cuma dari segi kedudukan tidaklah dapat dipastikan manakah yang lebih utama
kerana tiada kajian yang dijalankan secara serius dalam menentukannya.
Tetapi diingatkan bahawa hendak menyatakan sesuatu itu sunnah memerlukan 2 syarat yang lain pula iaitu halal dan baik.
Tetapi diingatkan bahawa hendak menyatakan sesuatu itu sunnah memerlukan 2 syarat yang lain pula iaitu halal dan baik.
6. Kenapa timbul komplikasi atau kesan tidak baik bagi
sesetengah orang yang meminum mana-mana susu yang disebutkan?
+ Itulah salah satu daripada mukjizat Nabi. Tujuannya agar
manusia meminum semua jenis susu dan mencubanya.
Tidaklah berlaku seluruh dunia hanya minum susu unta atau kambing dan meninggalkan susu yang lain kerana seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Semua susu itu sunnah. Minumlah!
Tidaklah berlaku seluruh dunia hanya minum susu unta atau kambing dan meninggalkan susu yang lain kerana seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Semua susu itu sunnah. Minumlah!
+ Proses susu yang telah berubah. Ini berkaitan dengan
ternakan secara komersial yang bukan lagi secara organik tapi melibatkan
racun-racun, vaksin, genetically modified organism (GMO) dan lainnya hingga
memberi kesan kepada susu yang dikeluarkan oleh haiwan atau tumbuhan itu.
+ Keserasian tubuh. Susu ini mengikut keserasian tubuh
manusia. Maka cubalah semua jenis susu dan lihatlah susu mana yang terbaik
untuk diri sendiri kerana setiap tubuh manusia tidak sama kejadiannya dari
sudut hormon dan kesihatan.
+ Pengubahan susu kepada bentuk makanan yang lain seperti
keju, tempe dan lainnya. Proses ini juga mesti berdasarkan kajian dan diawasi
dengan baik. Jika tidak, kesan buruknya akan kembali kepada kita yang
menggunakannya.
Jadi, adakah susu memudharatkan?
Jawabnya tentu tidak sama sekali. Ia menjadi mudharat kerana campur tangan manusia.
Jawabnya tentu tidak sama sekali. Ia menjadi mudharat kerana campur tangan manusia.
7. Adakah air kosong lebih mendekati sunnah daripada
susu?
Dari sudut kekuatan hadis dan keterangan sunnah Nabi SAW dan
para sahabat, air kosong biasa yang diambil daripada perigi adalah minuman
harian mereka.
Adapun susu kambing hanyalah SUPPLEMENT tambahan sekiranya
ada yang menghadiahkan kepada mereka atau hasil dari ternakan kambing dan unta
mereka yang diperah setiap hari.
Dari Urwah bahawasanya Aisyah pernah berkata:
"Demi Allah, hai anak saudaraku, sesungguhnya kita melihat ke bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit, ( jadi tiga bulan sabit yang berarti dalam dua bulan lamanya ) sedang di rumah-rumah keluarga Rasulullah s.a.w. tidak pernah ada nyalaan api dapur."
"Demi Allah, hai anak saudaraku, sesungguhnya kita melihat ke bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit, ( jadi tiga bulan sabit yang berarti dalam dua bulan lamanya ) sedang di rumah-rumah keluarga Rasulullah s.a.w. tidak pernah ada nyalaan api dapur."
Saya - yakni Urwah - berkata: "Hai bibi, maka apakah
yang dapat menghidupkan anda sekalian?"
Aisyah menjawab: "Dua benda hitam, iaitu kurma dan
air kosong.
Hanya saja Rasulullah mempunyai beberapa tetangga dari
kaum Ansar, mereka itu mempunyai beberapa ekor unta manihah, lalu mereka
dikirimkanlah air susunya itu kepada Rasulullah kemudian memberikan minuman itu
kepada kita." (Muttafaq 'alaih)
+ Ada juga masyarakat kita yang memahami air hitam itu
adalah kopi. Ia sangat salah. Apatah lagi mengatakan kopi juga sunnah Nabi SAW.
Terlebih-lebih salah lagi.
8. PENGAJARAN
- Elakkan berdebat tanpa ilmu di dada dan kajian yang ada.
- Raikan pendapat semua orang selagimana tidak bercanggah dengan dalil.
- Fahami selok-belok hukum keseluruhannya sebelum mula bercakap tentang hukum.
- Menisbahkan sesuatu kepada Nabi dengan nama sunnah adalah sangat berat kerana jika tersalah sama ada sengaja atau tidak, maka hukumannya neraka.
- Fahami ilmu itu daripada ahlinya. Elakkan ceduk ilmu dari internet dan media tanpa asas pengetahuan yang kukuh.
- Mengikut sunnah itu terpuji tapi mengetahui dan memahami dengan cara mempelajari sunnah itu lebih terpuji kerana dapat mengelakkan tipu daya syaitan di dalamnya.
- Menggunakan agama sebagai tools marketing bisnes adalah dibenarkan tapi jangan untuk tujuan menipu masyarakat atau menyorokkan hakikat sebenarnya. Ia adalah satu dosa.
- Buang budaya ikut-ikutan. Belajar budaya kajian kerana ia akan memperhebatkan kedudukan umat Islam di mata kawan dan lawan.
Mohd Taufiq
Motivator Kekayaan & Kejayaan
Syukran Jazilan sudi singgah di El's Aulad House...
Moga memberi manfaat buat pembaca budiman...
Salam Ukhuwwah Fillah dari saya,
Ieta ;)
SID 882012
------------------------------------------------------
Rakan Shaklee Anda ;)
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
COD Temerloh, Mentakab,/
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7
0 ulasan:
Catat Ulasan