Rabu, 21 Oktober 2015

SET VITAMIN JEREBU

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
dan Salam Sejahtera

Akhir tahun lepas kita diuji dengan bencana banjir , tahun ini pula kita diuji lagi dengan fenomena jerebu yang amat merisaukan banyak pihak terutama para ibu bapa . Di musim jerebu ini tidak digalakkan aktif di luar rumah memandangkan kabut jerebu tersebut amatlah berbahaya kepada kesihatan terutama kepada anak-anak kecil . Pelbagai penyakit boleh menyerang bila-bila masa sahaja.




Apakah Jerebu? 

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.

Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Indeks Pencemaran Udara (IPU) . IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

 IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :- 

NILAI IPU         STATUS
0 - 50                   Baik
51 - 100               Sederhana
101 - 200             Tidak Sihat
201 - 300             Sangat Tidak Sihat
301 - 500             Berbahaya


Oleh itu kita disarankan sentiasa menjaga kesihatan dan sentiasa peka dengan bacaan IPU semasa semoga kita masih lagi berkesempatan untuk bersedia selagi termampu.

Shaklee juga ada menyediakan vitamin cadangan untuk menjaga kesihatan di musim jerebu yang panjang ini. Kita boleh memilih untuk mengambil yang mana satu ataupun beberapa jenis yang bersesuaian dengan kita. Ini sebagai ikhtiar kita setelah berdoa dan memohon keselamatan dari Allah Yang Esa dalam memelihara kesihatan kita dan keluarga kita. In Sya Allah.



1. Nutriferon
Nutriferon ni dikenali sebagai penggalak sistem imun di mana ianya akan mengaktifkan sistem pertahanan badan kita untuk melawan serangan / jangkitan daripada bakteria. Dengan keadaan jerebu sekarang ni, kita tak tahu apa yang kita sedut ke dalam paru-paru kita. Jadi, kita perlukan sistem pertahanan yang kuat untuk melindungi diri kita terutamanya organ-organ dalaman.





2. Chewable Vita-C
Chewable C untuk kanak2: melindungi anak-anak dari mudah dijangkiti kuman melalui pencemaran udara.





3. Performance Drink
Membantu mengekalkan bendalir di dalam badan. mengurangkan terjadinya sakit tekak teruk.



4. Omega Guard
Omega Guard meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru, ia juga bertidak sebagai pelindung sistem badan kita dari pelbagai serangan penyakit, seperti demam, alahan kulit, psoriasis, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang




5. Garlic Complex

Garlic membantu meningkatkan daya tahan melawan serangan penyakit; ianya seperti antibiotik semulajadi.  


Andai ada yang berminat untuk mencubanya , boleh terus pm saya ... :)
Syukran sudi singgah El's Aulad House...
Salam Ukhuwwah Fillah dari saya,
Ieta ;)
SID 882012
 

------------------------------------------------------

Rakan Shaklee Anda :
 Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ 
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan