Isnin, 21 September 2015

Kenapa Perlu Makanan Tambahan@Supplement?!


VITAMIN DAN KESIHATAN : SIAPA PATUT MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN DAN MENGAPA ?

Oleh : Marcell Pick, OB/GYN NP
Terjemahan oleh Dr. Rushdan
Hampir semua orang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit diabetes (kencing manis) atau kanser. Anda tentu merasa bimbang kalau-kalau anda ada membawa gen atau baka yang menyebabkan anda juga berisiko menghidap penyakit yang sama . Kajian sains yang terkini telah menunjukkan bahawa terdapat cukup bukti untuk mengatakan bahawa sebenarnya anda boleh melakukan sesuatu untuk mengelak dari penyakit2 ini walaupun anda mempunyai faktor2 risikonya dan ianya bermula dengan pemakanan ataupun nutrisi. Dengan pengambilan nutrisi yang optima termasuk makanan tambahan (dietary supplement), anda boleh menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius kemudian hari.
Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai samada perlu kita mengambil makanan tambahan termasuk multivitamin dan mineral, samada pengambilannya akan memberi kesan yang baik ataupun sebaliknya. 50% dari penduduk Amerika mengambil makanan tambahan dan ini telah menggerakkan Institut Kesihatan Kebangsaan ( National Institute of Health USA) mengambil keputusan untuk menubuhkan panel yang akan mengeluarkan konsensus samada amalan pengambilan makanan tambahan ini selamat dan berkesan untuk melawan penyakit kronik.
Apabila kita berbincang tentang perkara seumpama ini, pasti akan wujud dua pihak yang berbeza pendapat. Tetapi berdasarkan pengalaman klinikal saya, pengambilan multivitamin dan mineral yang telah dikeluarkan oleh syarikat ternama tidak akan memudaratkan anda, malah ia boleh memberi banyak kebaikan.  Di dalam amalan saya secara peribadi, saya dapat melihat dengan jelas kebaikan mengambil makanan tambahan oleh pesakit saya, keluarga dan juga rakan-rakan saya.
 Jadi mengapa masih ramai lagi yang belum sedar peri mustahaknya pengambilan vitamin?  Vitamin apa yang perlu anda ambil ? Mengapakan banyak syarikat ubatan dan doktor yang menentang pengambilan makanan tambahan? Mengapakah berlaku perdebatan yang berterusan tentang keselamatan mengambil vitamin ?
 Mari kita kaji persoalan-persoalan ini berdasarkan kepada kajian2 terkini jadi kita mendapat maklumat yang lebih jelas.
 Jika anda membaca kenyataan “state-of-the-science statement” yang dibuat oleh panel NIH (National Institute of Health), anda dapati pendapat mereka adalah “inconclusive” ataupun tidak dapat dibuat kesimpulan yang kukuh. Akhbar dan individu2 tertentu menilai kenyataan ini sebagai tidak cukup bukti untuk mengesyorkan pengambilan multivitamin kepada orang ramai.  Pada hal ahli panel NIH tidak langsung mengeluarkan kenyataan itu, malah mereka tidak menghalang pengambilan makanan tambahan dan tidak ada bukti yang mengatakan pengambilan makanan tambahan boleh memudharatkan.
 Kita telah menggunakan makanan tambahan dan pengubahsuaian menu makan sebagai terapi perubatan semenjak lebih 20 tahun lagi. Pada hari ini, kita mengesyorkan setiap orang mengambil vitamin yang mengandungi kandungan yang selamat dan mencukupi dari syarikat2 yang berwibawa. Jadi mari kita bincang mengenai apakah pendirian kita bila bercakap mengenai makanan tambahan dan bagaimana dapat kita menjawab soalan yang berkait dengan kontroversi pengambilan vitamin.
 HUBUNGAN DI ANTARA NUTRISI DAN PENYAKIT KRONIK
 Cerita mengenai peningkatan bilangan penyakit kronik pada masa ini merupakan salah satu yang hangat diperkatakan. Pada hari ini 70% dari penduduk Amerika mati disebabkan oleh komplikasi dari penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kanser, obesiti, diabetes, depression (tekanan perasaan), penyakit metabolik dan penyakit sistem penghadaman (termasuk heartburn dan acid reflux), rheumatoid arthritis (sakit sendi), fibroids dan osteoporosis.
 Mengapakan berlaku peningkatan mendadak penyakit-penyakit kronik ini ? Jelas sekali di antara sebab-sebabnya adalah kita sekarang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, hidup di dalam stress, kedua-duanya memberi sumbangan kepada penyakit degeneratif. Dan cuma baru-baru ini sahaja kita mula sedar akan pentingnya nutrisi.

Kaedah rawatan konventional menggunakan ubat-ubatan yang sangat mahal dihasilkan oleh syarikat2 farmakeutikal, kaedah-kaedah ini lebih memberi kelegaan sementara dari kesakitan dan rasa tidak selesa. Ianya sebenarnya tidak merawat punca masalah, malah kadangkalanya membawa lebih banyak masalah di kemudian hari contohnya pengambilan ubat antiinflamasi atau steroid jangka panjang yang menyebabkan gastritis (sakit perut), sakit sendi , diabetes dan lain-lain. Ini disebabkan kaedah rawatan konventional memberi tumpuan kepada penyaringan penyakit ( disease screening) dan rawatan ubat-ubatan – ia sering menafikan pendekatan yang lebih berkesan untuk mencegah penyakit iaitu melalui nutrisi.
 Apakah pula peranan yang dimainkan oleh faktor genetik (baka) di dalam penyebab kepada penyakit kronik? Pada pandangan kami, genetik jarang menentukan secara mutlak seseorang itu untuk menghidap penyakit. Seringkali faktor genetik memerlukan faktor lain (faktor sampingan) termasuk pemakanan bagi menyebabkan ujudnya penyakit. Malah faktor nutrisi ini dikatakan di antara faktor2 sampingan yang sangat berpengaruh.  Jadi faktor genetik sahaja mungkin belum cukup kuat untuk menyebabkan berlakunya penyakit.
 Ramai di kalangan pesakit kami terkejut apabila mendapati banyak penyakit yang mereka hadapi sebenarnya boleh dikaitkan dengan kekurangan beberapa unsur bahan nutrisi. Nutrisi mempunyai pengaruh ke atas sistem pertahanan badan, fungsi organ, keseimbangan hormon dan metabolisma sel. Kekurangan bahan nutrisi akan berlaku dahulu sebelum timbul gejala2 yang kemudiannya berlakulah penyakit.


MULTIVITAMIN DAN KESEIMBANGAN HORMON

Badan kita memerlukan mikronutrin yang digunakan untuk membentuk hormon-hormon dari molekul yang kecil. Kita hampir tidak mungkin untuk mendapat keseimbangan hormon jika tanpa faktor mikronutrin ini. Kita umpamakan keseimbangan hormon ini seperti sebuah simfoni di dalam badan yang dihasilkan melalui permainan alat-alat musik okestra untuk menghasilkan kesihatan.  Apabila seorang dari pemain alat musik ini tidak ada, simfoni yang dihasilkan itu akan menjadi cacat dan anda berasa tidak sihat.
 Ingat, hormon badan kita akan naik dan turun mengikut keadaan. Tahap hormon kortisol dan adrenalin akan turun naik jika kita di dalam keadaan stres atau sebaliknya. Tahap hormon insulin yang stabil adalah penting untuk hormon2 badan berkomunikasi. Apabila bahan nutrin adalah rendah ataupun tiada, keseimbangan ini akan terganggu.

MENGAPA PEMAKANAN BIASA TIDAK MENCUKUPI

Di Amerika, pengambilan makanan dianggap mencukupi tetapi penyakit kronik sangat tinggi, ini adalah gambaran bahawa kuantiti sahaja tidak mencukupi jika kualiti makanan itu tidak dijaga. Malah kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sememangnya makanan yang diambil itu tidak mengandungi cukup nilai-nilai tinggi bahan nutrisi seperti vitamin dan mineral. Inilah punca meningkatnya penyakit kronik. Kita juga dapat melihat berlakunya peningkatan penyakit-penyakit kronik di kalangan mereka yang lebih muda. Contohnya penyakit diabetes dan darah tinggi yang mula dihidapi oleh anak2 muda….ini banyak dikaitkan dengan meningkatan rintangan hormon insulin (“insulin resistance”) yang disebabkan oleh makanan moden hari ini.
 Ramai di kalangan kita tidak mengambil makanan yang mempunyai nilai nutrisi mencukupi. Kita mengambil makanan yang “bukan bahan makanan” ….makanan segera, makanan yang diproses berlebihan, makanan yang tinggi gula , karbohidrat , bahan pengawit dan kuantiti lemak tepu yang tinggi. Kita mengambil banyak bahan peransang yang mengganggu keupayaan sistem penghadaman kita menyerap vitamin dan mineral.
 Sebab-sebab lain adalah, kaedah penangkapan ikan dan perladangan/pertanian kita telah berubah secara drastik (mendadak). Pada masa lalu, hasil tuaian adalah dari bahan nutrin asli yang diperolehi dari tanah yang tidak tercemar dan jika ikan pula diperolehi dari laut yang bersih, tanpa keracunan dan kontaminasi. Sekarang kita menggunakan racun serangga, baja inorganik dan air yang tercemar untuk menghasilkan tanaman yang tumbuh cepat dan dapat dituai dengan pantas. Kaedah ini berjaya menghasilkan tanaman yang besar2, berwarna-warni tetapi kekurangan nilai nutrisi/pemakanan, malah ia mungkin boleh memudharatkan…tidak kurang juga yang sudah kehilangan rasa yang enak.
 Kajian telah menunjukkan bahawa, tanaman yang dihasilkan secara organik bukan sahaja bebas dari bahan toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita, tetapi ianya juga mengandungi bahan mikronutrin (vitamin, mineral etc) yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, penggunaan baja organofosfat secara rutin selama lebih 50 tahun telah menyebabkan kurang kandungan kalsium di dalam sayuran brakoli yang di tanam secara konventional. Pengurangan kandungan kalsium ini dikatakan kurang sehingga tinggal satu per-enam dari kandungan asal semasa tahun 1950 an. Walau bagaimanapun selagi masyarakat kita meletakkan wang sebagai tumpuan utama, kita perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan bahan2 makanan organik ini yang tentu sekali mampu dimiliki oleh segelintir orang. Dengan keadaan ini, pengambilan makanan tambahan nampaknya satu alternatif yang baik.
 Kita juga mengimpot makanan dari tempat yang jauh, jadi makanan ini perlu menjalani berbagai-bagai proses seperti pembungkusan, pembalutan, semburan bahan kimia untuk mencegahnya dari menjadi busuk dan layu.

Faktor yang seterusnya adalah amalan mengurangkan berat badan melalui pemakanan. Hampir separuh dari penduduk Amerika sedang mengamalkan salah satu kaedah mengurangkan berat badan. Banyak kaedah-kaedah ini “merompak” bahan nutrin yang diperlukan oleh badan. Dan pemakanan yang bersifat yo-yo yakni kurang berat badan dan naik berat badan yang berlaku berulang-ulang kali secara bergilir2 akan meningkatkan tekanan atau stres kepada badan kita.

KAITAN DI ANTARA STRES DAN NUTRISI

Di atas kaedah pemakanan yang mengelirukan, badan kita mungkin akan mengalami stres yang di luar kawalan. Stres yang dialami ini bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga emosi dan psikologikal.

Mari kita mulakan dengan isu alam sekitar. Bahan kimia toksik, pencemaran udara, radiasi, polimer tiruan, hormon di dalam daging serta susu, racun serangga dan klorin di dalam air minuman adalah di antara banyak lagi akibat kerakusan manusia di dalam mencemarkan alam sekitar. Hamburger di dalam makanan segera didapati mengandungi racun serangga. Malah dengan memasukkan makanan  yang disimpan di dalam bekas plastik ke dalam ketuhar gelombang mikro boleh menukar makanan kita kepada toksin. Daripada apa-apa sumber sekalipun, bahan-bahan kimia ini akan memberi tekanan kepada organ hati untuk menyahtoksikkan bahan2 ini. Proses menyahtoksikkan (detoxifying) ini akan menggunakan beberapa bahan nutrin penting yang disimpan.

Kita juga sering mengalami stres semasa menjalani kehidupan harian….stres dari anak2, pasangan kita, tempat kerja, rakan, ibubapa dan lain2. Stres dikatakan boleh mengurangkan simpanan bahan-bahan nutrin dan juga sistem pertahanan badan. Stres meningkatkan kandungan hormon kortisol, dan tahap kortisol yang sentiasa tinggi boleh memudharatkan badan dan otak.

Jadi stres boleh menambahkan kesan buruk yang dibawa oleh pengambilan makanan yang tidak sihat terutamanya makanan yang diamalkan oleh orang2 Barat. Jika kekurangan zat makanan berlaku secara mendadak, kita akan mengalami sakit dengan cepat. Tapi seringkali kekurangan zat makanan akan memudharatkan badan kita secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Akhirnya kita akan mula menunjukkan tanda2 proses ketuaan yang lebih cepat dan menghidapi penyakit kronik. Masalah kita akan kekal malah boleh menjadi semakin parah sehingga kita mengamalkan pengambilan bahan nutrin yang mencukupi. Inilah sebabnya mengapa pengambilan makanan tambahan boleh memberi impak yang positif ke atas kehidupan kita.
FUNGSI AMALAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
Kajian yang dilakukan pada tahun 2002 yang diterbitkan oleh Journal of The American Medical Association menyatakan bahawa kekurangan sesuatu vitamin adalah faktor risiko kepada berlakunya penyakit kronik dan ini adalah sesuatu fenomena yang sering berlaku ke atas masyarakat kita. Laporan itu selanjutnya mengatakan bahawa kebanyakan orang ramai tidak mengambil kuantiti vitamin yang mencukupi di dalam makanan mereka.  Ini menunjukkan betapa amalan pengambilan makanan tambahan adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan kepentingannya.

Syukran kerana Sudi ke blog saya ... Ieta ;)
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami: ;)
Rakan Shaklee Anda
Marzita binti Zakaria
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Jumaat, 11 September 2015

Keistimewaan & Kelebihan Shaklee







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera...
Shaklee... Satu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia suppliment... Dewasa ini terlalu banyak lambakan produk-produk kesihatan dalam pasaran. Namun, bagi mereka yang mementingkan kualiti & mutu pasti akan berhati-hati memilih & mengkaji produk manakah yang terbaik bagi mereka.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda 'Apakah Istimewanya Shaklee' satu produk kesihatan yang tidak asing lagi dalam dunia kesihatan.

Umumnya, MISI utama Shaklee ialah :
 -  memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang
 - memberikan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja

Produk Shaklee adalah produk semulajadi yang begitu luar biasa, ianya direka untuk meningkatkan kesihatan , berfungsi tanpa kompromi dan mesra alam.

Secara terperincinya, Shaklee sentiasa melakukan yang terbaik & lebih baik berbanding orang lain:
 * sebagai syarikat pemakanan semulajadi nombor satu di Amerika Syarikat
 * Syarikat pertama di dunia yang diperakui Climate Neutral (pengimbangan pelepasan karbon secara total untuk memberi kesan impak sifar pada alam sekitar)
 * Menjana 54 Pingat Emas di sukan Olimpik dengan produk Shaklee
 * Melabur lebih daripada US$ 250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan
 * Ujian untuk ketulenan dan keselamatan produk dengan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun
 * Bergabung tenaga dengan pengembara Jacques Cousteau, Nobel Laureate Dr Wangari Maathai Nobel Keamanan 2004 dan penyokong bumi lain
* Memenangi anugerah untuk amalan perniagaan yang mampam dan reka bentuk dalaman yang mesra alam untuk ibu pejabat sedunia 
 * Mengitar semula 1,000,000 paun kadbod daripada syarikat-syarikat lain

Selain itu, Shaklee juga mempelopori model perniagaan yang memberi pilihan kepada orang ramai untuk bekerja dari rumah, menhabiskan lebih banyak masa melakukan perkara-perkara penting bersama keluarga , dan memperolehi pendapatan yang sihat dengan membantu orang lain.

Bayangkan sebuah perniagaan di mana anda boleh mendapat ganjaran kewangan, perjalanan mewah ke lokasi-lokasi eksotik dan pengiktirafan untuk membantu orang dalam masa yang sama membuat suatu perbezaan untuk planet ini.

Semulajadi Selamat, Terbukti Berkesan!

 Apabila anda memilih Shaklee, anda akan tahu tiga perkara yang benar!
 * Sentiasa Selamat
 * Sentiasa Berfungsi
 * Sentiasa Mesra Alam

 1. Sentiasa Selamat






Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk kami Always Safe.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
Kami menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.
Kami hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.
Produk kami tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapatdalam produk pesaing.
Kami bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.
350 Ujian bagi setiap kandungan | 23,000 Ujian Keaslian dan Keselamatan setiap tahun | 100,000 Ujian Kualiti Produk setiap tahun
TIADA Bahan Tiruan
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida







2. Sentiasa Berfungsi


Bukti Saintifik & Klinikal:
100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007
Kami menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.
Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.


JAMAClinical NutritionJN The Journal of Nutrition
The Journal of Alternative and Complementary Medicineaps applied physiologyTHE FASEB JOURNAL

Penjelajah Bertaraf Dunia & Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.
Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.
Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.

1983 | Mount Everest | First American ascent without Oxygen
Gunung Everest
Pendakian warga Amerika yang pertama tanpa bekalan oksigen.
1986 | Voyager | 1st non-stop flight around world
Voyager
Penerbangan tanpa henti yang pertama mengelilingi bumi.
1986 | Will Steger | Olar Exploration
Will Steger
Penjelajahan luncur anjing ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic.
1987 | Daedalus | First human powered flight across Aegean
Daedalus
Penerbangan dengan kuasa kayuhan manusia yang pertama menyeberangi Laut Aegean.
1993 | Daedalus | First human powered flight across Aegean
NASA
Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde – minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle.


3. Sentiasa Mesra Alam




Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Kami terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green.
Kami sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Kami telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.

Safe for You, Your Home, and Your Planet®

Syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral®
Perintis produk pencuci rumah yang tidak beracun dan biorosot.
***Perubahan Jenama Boleh Merubah Hidup Anda... :)

Terima Kasih sudi baca entri saya kali ini. 
Salam Sayang dari saya , 
Ieta :)

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7