السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Dan Salam Sejahtera
Gila meroyan (gangguan
perasaan) selepas bersalin
Terdapat beberapa gangguan
emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental
selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang
Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih
sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi
oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.
Gila meroyan
Gila meroyan adalah gangguan
perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah
yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang
wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh
mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Pendapat terkini mengatakan
penyakit gila meroyan postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang
dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh
segelintir sahaja wanita selepas bersalin.
Sebenarnya tiada kaitan yang
kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat
meroyan.
Daripada kajian yang dilakukan ada
sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan
selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat
mengurangkan risiko kemurungan. Kajian tersebut turut mendapati ibu muda
berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur
tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka
masa dua minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung
dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.
Gangguan perasaan
Gangguan perasaan selepas
bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu
tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan
dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak
memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita,
gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.
Dalam bidang perubatan,
gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut
tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum
psychosis (gila meroyan). Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang
normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin.
Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin.
Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi
mereka kembali kepada sediakala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan
seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat
perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.
Kemurungan
Gejala kemurungan selepas
bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang perlu
mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu
dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8)
ibu yang melahirkan anak atau 10 peratus hingga 20 peratus daripada ibu yang
mengandung. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun
kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian
bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin
mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan
emosi pada postpartum blues.
Psikosis
Psikosis selepas bersalin atau
postpartum psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan peringkat paling
teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah
psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan
proses bersalin, manifestasi yang lebih mirip masalah emosi dan prognosisnya
adalah lebih baik.
Dalam kalangan 1,000 ibu yang
melahirkan anak, satu hingga dua orang (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis
selepas bersalin. Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin
dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu pertama
selepas kelahiran.
Gejala psikosis selepas
bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia
bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka
tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan.
Kemudiannya, ibu yang menghidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami
emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau
kesedihan yang melampau dan sering menangis. Psikosis berlaku apabila mereka
mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan
fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka
mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.
Ada kalangan pesakit yang
beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang
dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.
Satu perempat daripada mereka (25 peratus) mengalami gangguan halusinasi dengan
mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit
membunuh bayi dan sebagainya.
Terdapat ibu-ibu yang
mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri,
membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi infanticide mereka
sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas
bersalin juga adalah tinggi.
Panduan
Bagi mengurangkan masalah
tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan,
keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.
Pastikan anda mendapat bantuan
daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika
merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk
menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang
lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.
Rehat yang cukup juga adalah
penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun
anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan
pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.
( sumber: mutiara sayang ibu )
Sebagai alternatif terbaik , berdasarkan pengalaman saya sendiri, para ibu yang inginkan tempoh bersalin mereka cukup keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi yang disusukan sepanjang tempoh berpantang, bolehlah mengambil set berpantang Shaklee. Ianya mampu mencukupkan sumber nutrisi yang amat diperlukan oleh ibu-ibu berpantang supaya lebih sihat dan cergas di samping dapat membantu emosi ibu-ibu berpantang ceria dan tenang. Berasaskan sumber semulajadi dan bebas kimia serta LULUS KKM. In Sya Allah segalanya dengan izin Allah jua.
Syukran jazilan kerana sudi hadir ke El's Aulad House,
Salam Ukhuwwah dari saya,
Ieta :)
SID 882012
------------------------------------------------------Salam Ukhuwwah dari saya,
Ieta :)
SID 882012
Rakan Shaklee Anda :
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
COD Temerloh, Mentakab,/
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7
0 ulasan:
Catat Ulasan