Sabtu, 19 November 2016

BAHAYANYA PENDARAHAN KETIKA HAMIL!



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
dan Selamat Sejahtera


Kehamilan merupakan satu pengalaman yang menggembirakan bagi pasangan suami isteri. Namun kadangkala terdapat beberapa perkara yang merisaukan dan menggusarkan hati Ibu Hamil, terutama apabila berdepan masalah-masalah sepanjang kehamilan mereka. Antaranya ialah pendarahan ketika tempoh hamil.

Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun , punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.

Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh 'Pendarahan Implantasi' di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma bergerak menuju ke rahim dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahim.

Maka berlaku sedikit pendarahan dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama 1-3 hari sahaja.

Selain itu, jika seseorang wanita telah disahkan hamil dan mengalami pendarahan, berkemungkinan ia tanda proses keguguran. Ini bermakna tidak semestinya wanita yang hamil akan gugur. Ada masanya proses ini dapat dihentikan dan kehamilan dapat diteruskan.

Pendarahan akibat keguguran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang 12 minggu pertama. Ramai yang tidak menyangka tisu seperti daging keluar dari faraj, sebenarnya  adalah janin dari dalam rahim yang telah keluar tanpa disedari.

Kebanyakkan keguguran di awal kehamilan adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara semulajadi untuk tubuh mengelakkan kehamilan janin yang cacat.





Kehamilan di luar rahim (ectopic pregnancy) juga boleh menyebabkan pendarahan. Kehamilan di luar rahim adalah kehamilan yang tidak berlaku di dalam rahim, sebaliknya ia berlaku pada salur fallopian, yang mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa.

'Kehamilan Anggur' juga boleh menyebabkan pendarahan. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal selepas proses persenyawaan, yang membesar dengan cepat di dalam rahim. Dalam kehamilan ini, wanita itu sebenarnya mempunyai tisu yang berbahaya dalam rahimnya dan tiada janin di dalam kehamilan ini.




Ketumbuhan pada pangkal rahim (polyp) ketika hamil juga boleh menyebabkan pendarahan.

Selain itu perpisahan uri dari dinding dalam rahim (Placental Abruption) juga boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil. Ia selalunya berlaku pada semester kedua atau ketiga dalam tempoh kehamilan dan selalunya disertai dengan rasa sakit perut.




Uri pada kedudukan bawah rahim atau 'Placenta Previa' yang menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan pada semester kedua dan ketiga kehamilan.

Yang terakhir, pendarahan ketika hamil pada akhir kehamilan mungkin menandakan tanda-tanda mahu melahirkan anak. Selalunya ia disertai dengan mucus yang pekat dan disertai dengan sakit perut. 

Jika sakit perut ini berulang-ulang dan semakin kuat, segeralah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Di sini , saya mencadangkan para ibu hamil bolehlah mengambil Suppliment untuk ibu hamil dan berpantang bagi memelihara kesihatan ibu dan bayi. Ianya boleh membantu untuk menguatkan rahim dan memberi kecergasan dan tenaga buat ibu hamil yang mana suppliment ini boleh diteruskan sehingga tempoh berpantang dan menyusu. 

Antara Kandungan Set Kehamilan ini:
1. Energizing Soy Protein 
2. Vita-Lea Iron Formula
3.  B-Complex
4. Ostematrix
5. Vita C Sustained Release
6. Omega Guard 

Dengan pengambilan lengkap Set Kehamilan berasaskan semulajadi ini, para ibu sudah tidak perlu mengambil vitamin sintetik atau vitamin yang mengandungi kimia sepanjang tempoh kehamilan anda.

Segalanya terserah atas pilihan anda untuk memilih yang mana terbaik untuk anda. In Sya Allah , kita juga sentiasa bermohon pada Allah agar diri ibu dan bayi sentiasa sihat dan ceria, dipelihara Allah dari segala kemudaratan. Amiinn...

Sekian coretan saya kali ini. Terima kasih sudi singgah ke El's Aulad House of Vitamin. :)
Salam Ukhuwwah Fillah dari saya,
Ieta@Marzita Zakaria ;)
SID 882012/017.9040142



**************************************************

0 ulasan:

Catat Ulasan