Selasa, 20 Oktober 2015

PENGALAMAN DENGAN SET HAMIL SHAKLEE

السلام غليكم و رحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera



ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH , masa mengandungkan anak yang ke 3 ‘ Muhammad Ariq El Wafeeq’ barulah saya berpeluang mencuba Set Hamil Shaklee yang SELAMAT dan Bebas kimia ini... Semulajadi tentunya...



Saya jumpa produk Hebat ni masa menyusukan anak ke 2 saya ‘Muhammad Attiq El Huseiny’. Memang membantu sangat-sangat tubuh badan saya agar sentiasa cergas dan sihat.

Sejak dari mengandungkan anak sulung saya ‘Muhammad El Ameen’ , memang saya tak makan pun ubat yang klinik bagi sebab saya tak nak ambil ubat-ubat berunsurkan kimia seboleh-bolehnya dan sememangnya tak boleh nak telan dengan baunya yang menaikkan rasa loya dan mual . Saya ambik homoepathy masa tu, memang baik juga untuk bayi dan ibu tetapi mungkin saya kurang selera makan serta tidak makan secukupnya mengikut keperluan nutrisi ibu hamil , jadinya bayi sulung saya beratnya kurang memuaskan iaitu hanya 2.1 kg sahaja berat lahir. Bayi sihat tapi berat tak memuaskan , mungkin terkesan juga dengan tekanan yang saya alami masa tu, saya rasa stress kena check darah berulang kali dalam sehari sebab kencing manis semasa hamil walaupun bacaan tak pernah melebihi 7.5.

Tapi, masa mengandungkan anak yang ke 3, memang lain sangat saya rasa, walaupun sibuk dengan rutin kerja di campur lagi dengan tugas di rumah, saya tetap rasa sihat dan cergas sehinggalah sampai due. Antara lain yang saya perasan ialah:
- Badan rasa cergas tak mudah penat
- Tiada masalah sakit pinggang
- Parut strechmark lama semakin pudar sehingga tak nampak sangat dah
- Apa yang paling saya menggembirakan, tiada masalah kencing manis mengandung kali ini 
- Dan apa yang mengejutkan saya dan suami , berat lahir baby kami yang ke 3 ialah 3.49 kg, jauh lebih berat berbanding dua abangnya hanya 2.1 kg & 2.8 kg sahaja masa lahir. 

Saya memberanikan diri untuk mencuba Set Hamil ini sebab saya tak mahu alami pengalaman yang menyedihkan seperti sebelum ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya rasa gembira sepanjang pengalaman saya dengan Shaklee... Anak Sihat, Ibu Sihat! 

Sekarang bayi Shaklee saya dah berusia 2 tahun ... Memang bayi yang comel & sihat .... :)




Anda pun boleh mencuba pengalaman yang manis ini...Harungilah tempoh sepanjang kehamilan dengan Ceria & Sihat!

************************************************************

 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan