Sabtu, 17 Oktober 2015

KEROSAKAN SEL


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

dan Salam Sejahtera

Kehidupan kita sehari-hari semakin mencabar dan semakin sibuk dengan pelbagai rutin harian. Bahkan mendedahkan diri kita kepada seribu macam ancaman termasuk ancaman kepada kesihatan. Untuk entri kali ini mari kita sama-sama melihat & mengetahui antara penyebab yang memberi kesan kepada kerosakan sel badan kita.





ANTARA PUNCA dan PENYEBAB KEPADA KEROSAKAN SEL TUBUH

1 -Terdedah kepada pencemaran alam sekitar

Dari saat anda menghidupkan enjin kereta, anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan di dalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung di dalam rumah.



2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan meningkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.


3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar.

Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.



4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat

Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak di dalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam

Bersesak dalam LRT = STRESS

Jalan Jammed = STRESS

Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? Inilah antara punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.



5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa

Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai-kedai mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!

Bagi kebanyakan masyarakat melayu, kebanyakan masakan berasaskan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan kalori amatlah mudah , manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula pada aktiviti yang dilakukan.



6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan

Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut mengganggu menyerap penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.


7 - Kehilangan nutrien dalam makanan

Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai di rumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ?

************************

Itulah dia 7 sebab yang perlu anda renung-renungkan. Anda bagaimana?

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website





Sekian entri saya kali ini, moga ianya memberi manfaat buat pembaca budiman sekalian. Akhirnya, terima kasih sudi kunjungi Els Aulad House. 

Salam Ukhuwwah Fillah,
Ieta
SID 882012



------------------------------------------------------

 Rakan Shaklee Anda:
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
 COD Temerloh, Mentakab,/
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
fb:https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan