Jumaat, 11 November 2016

Tips Sihat Cergas

Tips Kekal Sihat & Cergas

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Sihat itu Anugerah Allah.
Badan Cergas & Sihat impian setiap insan yang bergelar hamba Allah.

Tak kira siapa pun dia ,yang bekerja , yang kerja sendiri , hatta surirumah sekalipun, yang muda , yang tua , semuanya mengimpikan Hidup Sihat Cergas Ceria...kannn

Harini saya nak kongsikan sedikit ilmu Allah ini dan juga pengalaman saya sendiri..

Pertama sekali di awal pagi , sebelum melakukan apa-apa tugasan hidup kita , sebutlah nama Allah "Yaa Baari" Yang Maha Mengaturkan . Zikir lah 40x setiap hari supaya hari-hari kita lalui dengan sebaik-baik perancangan Allah. In sya Allah.



Keduanya, hindarilah sifat-sifat mazmumah , sifat-sifat yang keji, sifat-sifat yang negatif kerana ianya mengundang seribu satu penyakit hati. Bila hati sakit, jasad juga sakit bersama. Betul kan...

Seterusnya , peliharalah perut dari mengisinya dengan makanan-makanan yang syubhah , makanan-makanan yang mengundang hadirnya penyakit , kerana penyakit datangnya dari perut . Kesian perut kita , bila kita sumbat dengan makanan-makanan yang mengundang risiko . Oleh itu, sama-sama kita kurangkan sedikit demi sedikit dari memakan makanan yang berlemak,berminyak, dan yang paling penting pastikan makanan kita itu seratus peratus Halalan Toyyiban.

Akhirnya , kita juga boleh mengambil supplement tambahan untuk membantu tubuh badan kita mengisi kekurangan nutrisi yang diperlukan tubuh badan setiap hari. Macam-macam kerja , macam-macam tugaskan yang kita buat sehari-hari. Ada masa rasa tak der tenaga sangat dah...

Saya la tu... hihihi... segala benda nak buat. Terutama bila dah akhir-akhir tahun ni. Nak rezo soalan pekse , nak rait , nak masuk markah, nak kemas dewan , nak berLadap dan berMesyuarat. Macam-macam kan, tapi kita kena sahutlah cabaran tersebut, jadi ikhtiarkan lah supaya badan kita kekal sihat .


( Malam-malam baru line laju buat ni )




( Ni kerja tambahan sumbangan tenaga untuk anak bangsa , malam-malam la baru boleh merempit )


( Hasil yang belum siap 100 peratus , buat sama-sama rakan )

Kalau tak support badan betul-betul , camana nak stamina tu kuatkan?.



Ostematrix memang membantu sangat-sangat menghilangkan lenguh-lenguh badan , menguatkan tulang dan gigi. Inilah kalsium terbaik saya jumpa. Dok amal makan ni lah boleh panjat tangga turun tangga hari-hari walau badan kembang setaman.kikikiki.

B-Complex ni pun saya suka. Membantu menghilangkan stress, mengurangkan rasa nak marah-marah. Kerja saya memang selalu kena menahan sabo terutama bila berhadapan dengan generasi i Love You ni. Memang tahap kesabaran perlu ditingkatkan. Hehehehe


Ambil lah juga Sustained Release Vitamin C . Saya kalau demam ,memang ambil ni je, dah lama tak kawan dengan Panadol dah. Bila time demam pun saya extra kan pengambilan Vita C ni, maintain boleh gi kerja walau badan berpeluh seram sejuk .

Buat penutup tirai saya kongsikan hasil tangan kejung saya dan tangan halus rakan-rakan saya untuk sesiapa sahaja yang sedang mencari idea hiasan pentas. Akhir tahun ni biasalah kan, projek-projek gini la yang kena ngadap. Suka suka kannn... hihihi





Sampai disini coretan saya hari ini. Pengalaman yang saya rasai , membuatkan saya teruja nak kongsikan dengan insan lain supaya kita sama-sama Sihat Cergas agar memudahkan tugas kita selaku hamba Allah .

Ikhlas dari saya
~ieta's

Sid 882012 / Marzita Zakaria / 017.9040142

0 ulasan:

Catat Ulasan