Khamis, 22 Oktober 2015

SEMBELIT KETIKA BERPANTANG


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
dan Salam Sejahtera

Sembelit ketika berpantang! Sememangnya menjadi igauan ngeri terutama bagi ibu-ibu selepas bersalin ketika mana jahitan akibat bersalin secara normal ataupun pembedahan masih belum baik. 



Bagi mereka yang pernah mengalaminya, pasti berharap sangat-sangat agar tidak mengalaminya kembali apabila berpantang untuk kali yang seterusnya. 

Pengalaman saya sendiri pun ketika berpantangkan anak kedua memang tidak dapat dilupakan apabila mengalami masalah sembelit selepas bersalin. 

Antara punca-punca yang boleh menyebabkan sembelit ketika berpantang :

~ Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
 
~ Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

~ Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.


Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

~ anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;

~ anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;

~ anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;

~ anda mendapat jahitan. 


Bagi mengatasi masalah sembelit ini, bolehlah diamalkan:
 
1. Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.

2. Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

3. Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

4. Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut.

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

5. Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

6. Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.

Selain daripada cara di atas , anda juga boleh amalkan pengambilan suppliment bagi mengatasi masalah sembelit ketika berpantang dan mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

Alhamdulillah , melalui pengalaman saya sendiri ketika bersalinkan anak ketiga saya, saya lalui tempoh berpantang tanpa sakit sembelit. Antara yang saya ambil ialah:

1. Ostematrix ( sumber kalsium )

Peranan kalsium:


~ Mengandungi kalsium yang merupakan komponen penting dalam susu ibu selain protein dan air.
~ Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti – tidur lebih lena
~ Melegakan otot dan saraf ibu dan mengelakkan tekanan bersama B complex
~ Mengelakkan ibu dari mengalami sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu
~ Mengandungi magnesium yang membantu ibu daripada sembelit


2. Zink Complex 

Manfaat zink dalam diet:


~ Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran
~ Terdapat banyak kandungan zinc di dalam ikan haruan, antara petua orang-orang tua yang membantu penyembuhan luka bersalin
~ Mengelakkan rambut ibu daripada gugur 



Yang mana kedua-dua suppliment ini terkandung dalam set berpantang Shaklee. 


 
Semoga para ibu semua mengharungi tempoh berpantang yang menggembirakan. Sesungguhnya ia adalah pengalaman terindah dalam kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. 

Syukran jazilan sudi singgah di El's Aulad House,
Salam Ukhuwwah Fillah, ;)
Ieta :)
SID 882012

------------------------------------------------------
Rakan Shaklee Anda : 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan