Jumaat, 12 Disember 2014

Khasiat Vitamin E

Pelbagai Manfaat Vitamin E

elauladhouse.blogspot.com

Vitamin-E adalah sejenis antioksidan kuat yang bisa larut dalam lemak di mana ia membantu  kesihatan jantung, otak dan prostat, serta meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan. 

Berdasarkan penemuan salah satu kajian yang dilakukan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 menemukan bahwa manfaat vitamin E yang diamalkan dalam jangka panjang sangat membantu dalam mengurangi resiko kanser prostat di kalangan pengisap rokok. Sementara itu hasil kajian  lainnya juga menunjukkan bahwa vitamin ini dapat memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer. Vitamin E telah terbukti memiliki kesan pencegahan pada sekitar 80 jenis penyakit.

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan di Tufts University, USA. menunjukkan bahwa amalan pengambilan vitamin E terbukti efektif meningkatkan fungsi daya tahan tubuh.

Vitamin E merupakan satu jenis antioksidan yang sangat penting untuk pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, memperbaiki jaringan, dan sangat berguna dalam perawatan “premenstrual syndrome” serta penyakit fibrocystic payudara. Vitamin E memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangi parut yang diakibatkan oleh beberapa kecederaan, mengurangi tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekakuan.

Selain itu, manfaat Vitamin E juga terbukti dalam meningkatkan produksi air mani pada beberapa lelaki. Ia juga mempertahankan kesehatan saraf dan otot dan di masa yang sama memperkuat dinding kapiler. Vitamin E meningkatkan kulit dan rambut menjadi sehat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang bisa menginfeksi bayi premature.

Manfaat Vitamin E

  • Terbukti efektif meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stres, meningkatkan kesuburan, meminimalkan risiko kanser dan penyakit jantung koroner.
  • Terbukti efektif sebagai Antioksidan. Semua vitamin E adalah antioksidan dan terlibat dalam banyak proses tubuh dan beroperasi sebagai antioksidan alami yang membantu melindungi struktur sel yang penting terutama membran sel dari kerosakan akibat adanya radikal bebas. Dalam melaksanakan fungsinya sebagai antioksidan dalam tubuh, vitamin E bekerja dengan cara mencari, bereaksi dan merosak rantai reaksi radikal bebas Y. Dalam reaksi tersebut, vitamin E sendiri diubah menjadi radikal. Namun radikal ini akan segera beregenerasi menjadi vitamin aktif melalui proses biokimia yang melibatkan senyawa lain.
  • Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh dari kerosakan.
  • Memiliki peranan yang sangat penting dalam menjaga, meningkatkan elastisiti dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan awal, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka.

Vita-E Complex Shaklee Bagi Yang Memerlukan

Vita-E Complex Shaklee merupakan salah satu supplemen terbaik dari Shaklee. Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah karena ia merupakan vitamin E terlengkap di pasaran saat ini yang dibuat dari minyak organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.

Vita-E Complex Shaklee mengandungi tambahan Selenium asli dan ekstrak dari biji anggur untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh. Jadi Vita-E Complex Shaklee bukan sekedar supplemen vitamin E tetapi juga membantu mempercepat penyerapannya ke dalam tubuh kita sehingga memberikan hasil lebih cepat dan lebih maksima.

Untuk menghasilkan 400IU vitamin E, seseorang harus mengambil 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g almond. Mampukah anda memakan dalam jumlah ini setiap hari? Tentu saja amat sukar kannn.. :)  Inilah keistimewaan Vita-E Complex Shaklee, memadai 1 kapsul Vita-E Complex menyamai dengan pengambilan makanan sejumlah makanan tadi.



Berbagai Manfaat Vita-E Complex Shaklee

  1. -Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat  dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar.
  2. -Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  3. -Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  4. -Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri)
  5. -Anti oksidan.
  6. -Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  7. -Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi.
  8. -Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.
  9. -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  10. -Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  11. -Menyelesaikan masalah kelesuan.
  12. -Mengurangkan risiko parut yang besar.
  13. -Merendahkan kadar kolesterol.
  14. -Membantu mencegah kanser.
  15. -Merendahkan risiko katarak.
  16. -Sesuai utk semua golongan usia : remaja, ibu menyusu,semasa berpantang,suami isteri, warga emas

Ok, itulah serba sedikit info berkaitan Vitamin E terutamanya Vitamin E Shaklee ...
Moga memberi manfaat buat semua...
Jomlah sama-sama mencantikkan kulit & wajah kita , yang PENTINGGG Sihat! :)

##ieta## ;)
SID 882012
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
Khidmat Pos Seluruh Malaysia
 COD Temerloh, Mentakab,
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Gejala Sakit Sendi @ Osteoartritis


Punca osteoartritis


OA juga dikenali sebagai artritis degeneratif. Di antara lebih daripada 100 jenis artritis yang berbeza keadaannya, OA paling kerap terjadi membabitkan 10 hingga 20 peratus orang dewasa di Malaysia.

OA lebih kerap terjadi dengan peningkatan usia; bagi lelaki masalah biasanya bermula sebelum 45 tahun dan selepas 55 tahun bagi wanita. Insiden yang lebih tinggi berlaku pada penduduk Jepun manakala orang kulit hitam Afrika Selatan, India Timur dan selatan China mempunyai jumlah insiden yang rendah.


Kenapa ia terjadi?

OA primer berlaku disebabkan proses penuaan. Apabila meningkat tua, kandungan air di dalam tulang rawan berkurangan dan protein yang membentuk tulang rawan itu akan merosot, menyebabkan permukaan tulang rawan menggelupas dan merekah lalu membentuk alur halus. Dalam kes yang serius, tulang rawan yang melitupi sendi rosak teruk sehingga mendedahkan tulang yang membentuk persendian berkenaan.

Penggunaan berulang kali sendi yang haus selama beberapa tahun boleh menyebabkan radang berlaku pada tulang rawan dan sendi menjadi bengkak serta sakit. Kerosakan tulang rawan menyebabkan tulang sendi bersentuhan dan bergeseran. Ia membuatkan rasa sakit dan mengehadkan pergerakan sendi. Radang yang berlaku juga merangsang pembentukan tulang baru (taji, juga disebut sebagai osteofit) di sekeliling sendi.

OA sekunder pula disebabkan penyakit atau keadaan lain seperti obesiti, trauma berulang dan pembedahan ke atas struktur dalam sendi, kecacatan kongenital (sejak lahir), gout dan kencing manis. Obesiti menyebabkan OA dengan meningkatkan tekanan mekanikal kepada tulang rawan. Pada usia emas, obesiti menjadi faktor risiko paling kuat untuk OA sendi sendi lutut.

Kejadian OA sendi lutut di kalangan atlit angkat berat dipercayai sebahagiannya disebabkan bebanan berat badan yang tinggi. Trauma berulang pada tisu sendi (ligamen, tulang, dan tulang rawan) diyakini menyebabkan OA lutut awal di kalangan pemain bola sepak. Bagaimanapun, risiko OA sendi lutut tidak meningkat di kalangan atlit pelari jarak jauh.

Sesetengah orang lahir dengan sendi tidak normal (ketidaknormalan kongenital) membuatkan tulang rawannya cepat haus, mengalami degenerasi awal dan kehilangan tulang rawan sendi. OA sendi pinggul selalunya dikaitkan dengan kecacatan struktur sendi pinggul yang terjadi sejak lahir.

Gangguan hormon seperti diabetes dan hormon pertumbuhan tidak teratur juga dikaitkan dengan kehausan awal tulang rawan dan OA sekunder.


Gejala OA

Tidak seperti radang sendi lain yang disebabkan penyakit sistemik seperti artritis reumatoid dan lupus, OA tidak memberi kesan pada organ lain dalam badan. Gejala yang paling kerap dialami adalah sakit pada sendi yang terbabit selepas digunakan. Sakit ini biasanya paling teruk pada lewat petang atau malam. Sendi akan bengkak, berasa panas dan berkeriut bila digerakkan.

Sendi juga berasa kaku dan sakit apabila pesakit hendak digerakkan setiap kali selepas berehat. Dalam kes OA yang teruk (tulang rawan rosak keseluruhannya dan menyebabkan tulang persendian bergeseran sesama sendiri), pesakit akan sentiasa berasa sakit walaupun ketika berehat dan pergerakan sendi selalunya terhad.

Gejala OA boleh berbeza antara pesakit. Sesetengah pesakit menjadi lesu atau lemah disebabkan sakit sendi tetapi ada yang hanya menunjukkan gejala ringan sekali sekala walaupun ujian sinar-X pada sendi mereka menunjukkan kerosakan yang teruk.

Malah gejala ini juga mungkin ‘hilang’ dan tidak menyebabkan rasa sakit selama beberapa tahun di kalangan pengidap OA pada sendi jari tangan dan lutut.

OA sendi lutut selalunya berkait dengan obesiti, sejarah kecederaan lutut berulang dan pembedahan. Keadaan ini menyebabkan kerosakan degenerasi tulang rawan sendi lutut yang berterusan sehingga kaki menjadi bengkok (dipanggil ‘bowlegged’ dan pesakit berjalan terhincut-hincut.

Pada sesetengah pesakit gejala sakit, jalan terhincut dan sendi yang tidak berfungsi tidak lagi boleh dirawat dengan ubat dan secara konservatif. Inilah sebabnya OA yang teruk adalah antara alasan untuk pembedahan ganti sendi keseluruhan.

OA yang terjadi pada sendi kecil seperti jari tangan dan kaki selalunya menyebabkan pembentukan bonjolan tulang di sekitar sendi berkenaan. Bonjolan tulang klasik pada sendi hujung jari tangan ini dikenali sebagai nodul Heberden sempena nama seorang doktor Britain yang terkenal.

Bonjolan lain yang biasa terdapat pada sendi tengah jari yang terkena OA ialah nodul Bouchard (doktor Perancis yang terkenal dalam kajian penyakit radang sendi dalam lewat 1800-an).

Nodul Heberden dan Bouchard selalunya tidak berasa sakit tetapi pergerakan sendi yang terbabit kebanyakannya terhad. Ciri ini membantu dalam membuat diagnosis. OA pada sendi ibu jari kaki selalunya membentuk bonjolan tulang yang dipanggil bunion dan ia kerap menyebabkan kesakitan apabila bergesel dengan kasut ketika berjalan.


Rawatan

Selain penurunan berat badan dan mengelak daripada melakukan aktiviti lasak yang memberi tekanan berlebihan pada tulang rawan sendi, tidak ada rawatan khusus untuk memberhentikan degenerasi tulang rawan atau membaikpulih tulang rawan yang sudah rosak akibat OA. Matlamat dalam rawatan OA adalah untuk meredakan sakit dan radang sekitar sendi serta mengekalkan fungsi sendi berkenaan.

Sesetengah pesakit OA mempunyai sakit yang sangat minimum dan tidak memerlukan rawatan perubatan. Sesetengahnya pula mendapat keuntungan daripada teknik rawatan konservatif seperti rehat, latihan, kawalan diet dengan penurunan berat badan, terapi fizikal, terapi pekerjaan dan penggunaan peralatan sokongan mekanikal. Langkah sangat penting sekiranya sendi lutut yang sakit.

Bahkan penurunan berat badan yang sederhana sudah cukup untuk membantu mengurangkan gejala OA sendi lutut. Ubat yang digunakan adalah untuk melengkapkan langkah fizikal seperti disenaraikan di atas.

Ubat boleh digunakan secara topikal, diminum atau disuntik ke dalam sendi untuk mengurangkan keradangan dan sakit. Jika langkah konservatif gagal mengawal rasa sakit dan memperbaiki fungsi sendi, maka doktor akan mencadangkan pembedahan.

Latihan selalunya tidak memburukkan OA jika dilakukan pada tahap yang tidak menyebabkan rasa sakit. Latihan jasmani boleh membantu pesakit dengan beberapa cara:

  • Latihan menguatkan sokongan otot sekeliling sendi. Ia juga mencegah sendi menjadi kaku, meningkat dan mengekalkan mobiliti sendi. Ia juga membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan daya tahan badan.

  • Menyapu minyak panas sebelum dan menerap bungkusan sejuk selepas latihan boleh menolong mengurangkan sakit dan radang. Berenang adalah latihan yang sangat sesuai untuk pesakit OA kerana ia membenarkan pesakit melakukan latihan dengan impak tekanan minimum terhadap sendi lutut. Latihan popular lain termasuk berjalan kaki, berbasikal pegun dan latihan ringan.

    Pakar terapi fizikal boleh menyediakan peralatan sokongan seperti alat pemegang anggota (splint), tongkat dan alat bantuan berjalan untuk mengurangkan tekanan pada sendi. Pakar pemulihan pekerjaan boleh menilai keperluan aktiviti harian dan mencadangkan peralatan tambahan yang boleh membantu pesakit di rumah atau tempat kerja.

    Dalam kebanyakan kes, ubat tahan sakit seperti acetaminophen sudah mencukupi. Ia jarang menyebabkan kesan sampingan pada perut dan biasanya ia menjadi ubat pilihan awal merawat pesakit tua. Ubat untuk merehatkan otot yang kejang boleh juga diberikan untuk sementara.

    Krim penghilang sakit seperti methyl salicyte juga boleh disapukan untuk menghilangkan sakit yang sedikit. Rawatan lain termasuk losen anti radang, diclofenic (gel Voltaren) dan tampalan diclofenac.

    Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen dan naproxen digunakan untuk mengurangkan sakit dan radang dalam sendi. Kesan sampingan yang paling kerap terjadi adalah gangguan usus dan perut seperti gastrik, cirit-birit, ulser dan perdarahan. Kesan sampingan lain bertambah pada pesakit tua. Ubat terbaru dipanggil COX-2 inhibitors dapat mengurangkan kesan toksik kepada perut dan usus. Sebaiknya ubat ini diambil ketika hendak melakukan aktiviti atau selepas melakukan aktiviti yang kebiasaannya menyebabkan rasa sakit.

    Rawatan alternatif menggunakan makanan tambahan seperti glukosamine dan chondroitin boleh mengurangkan sakit dan sendi kaku. Ia boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor. Kajian awal menunjukkan penggunaan makanan tambahan ini memberi kesan sedikit dalam menghilangkan kesakitan pada OA yang teruk.

    Pesakit yang mengambil ubat pencair darah perlu berhati-hati apabila mengambil chondroitin kerana ia boleh mencairkan lagi darah dan menyebabkan pendarahan. Minyak ikan tambahan terbukti mempunyai kesan anti radang dan pengambilan yang banyak mampu mengurangkan radang dalam sendi.

    Untuk kes yang tidak dapat dirawat dengan fisioterapi dan ubat, suntikan asid Hialuronik ada kalanya boleh membantu, terutama jika belum menjalani pembedahan. Ia berfungsi secara sementara dengan meningkatkan kualiti cecair sinovial, menambahkan pelincir dalam sendi dan meningkatkan kemampuan kesan impak pada permukaan sendi.

    Pembedahan hanya dilakukan pada pesakit yang mengidap OA yang sangat teruk dan tidak menunjukkan kesan dengan rawatan konservatif. Pembedahan artroskopik dilakukan apabila terdapat kecederaan tulang rawan. Pembetulan Osteotomi adalah pembedahan yang boleh menegakkan semula jajaran sendi lutut. Pembedahan penggantian sendi keseluruhan boleh menghilangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi lutut.

  • Cadangan Supplemen Untuk Mengatasi Masalah Sakit Sendi

    elauladhouse.blogspot.com / 017-9040142-ieta

    ##ieta##017-9040142
    SID 882012

    Sumber Artikel:Harian Metro

    ------------------------------------------------------
    Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
     Rakan Shaklee Anda 
    Marzita binti Zakaria
    # ummi Els @ ieta # 
    Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
    Khidmat Pos Seluruh Malaysia
     COD Temerloh, Mentakab,
    Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
    Shaklee ID [ No : 882012 ]
    call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
    email : ietas32@yahoo. com
    fb page : Els Aulad House
     fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

    Khamis, 11 Disember 2014

    MEALSHAKE SHAKLEE TIDAK SELAMAT???


    Mealshake Shaklee Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?



    elauladhouse.blogspot.com

    Assalamualaikum...Salam Ukhuwwah buat semua...Kerana Allah jualah kita dipertemukan di sini... :)

    Harini terasa nak bercerita tentang isu ini yang dibangkitkan oleh seseorang dalam satu group para ibu semalam...Sekadar perkongsian dan penambahan ilmu buat diri saya juga... :)

    Mealshake Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga. Buat yang masih belum kenal, Mealshake Shaklee ni juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang:
    • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
    • Merupakan sumber terbaik serat dan protein
    • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
    • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.

    Jadi kenapa ada yang kata Mealshake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak?

    Isu 1: Mealshake Shaklee ada Maltodextrin

    Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.

    elauladhouse.blogspot.com

    Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

    Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda.

    Untuk info lanjut berkaitan Maltodextrin, anda boleh lah jenguk di What is Maltodextrin dan Is Maltodextrin Bad For You?

    Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Mealshake Shaklee

    Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

    Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’). Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.

    Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?

    Isu 3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

    Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

    Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu pengambilannya? Hubungilah pengedar Shaklee anda. Jika anda customer saya, hubungi saya dan pasti saya berikan pada anda.

    Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak anda.

    Sekarang terpulang atas diri kita masing-masing. Alhamdulillah, anak-anak saya tiada masalah setelah lebih setahun amalkan mealshakes ni, malahan anak sulung saya El Ameen yang dulunya kulit lehernya jadi kasar-kasar kerana kerap menggaru akibat selalu gatal dah hilang malahan kulitnya dah jadi baik seperti kanak-kanak lain.

    Muhammad El Ameen.Elauladhouse.blogspot.com

    Inilah anak sulung saya yang memang sejak kecil alami masalah ruam kulit, dulu-dulu sekitar lehernya hitam dan kasar berbanding kawasan lain kerana gatal dan digarunya selalu.Kini sudah tiada lagi. Alhamdulillah. Selera makannya juga sudah semakin baik walaupun badannya tidaklah berisi seperti kawan-kawannya tetapi dialah yang paling tinggi berbanding rakan-rakannya.

    Kalau betul cara pengambilan yang diperlukan dalam sehari, Insya Allah kebaikan yang kita dapat. Makanlah apa pun tapi kalau tak ikut had yang betul memang mengundang mudarat. Amal apa-apa pun mestilah ada ilmu dan dengan cara yang betul.

    Sekadar itu perkongsian dari saya, mudah-mudahan memberi manfaat buat semua.
    Salam Ukhuwwah fillah dari saya... ieta :) 
    Kredit juga buat www.lifefit.my ... Thanks ...

    ------------------------------------------------------


    Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)

     Rakan Shaklee Anda 

    Marzita binti Zakaria

    # ummi Els @ ieta # 

    Pengedar Sah Shaklee Malaysia 

    Khidmat Pos Seluruh Malaysia

     COD Temerloh, Mentakab,

    Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )

    Shaklee ID [ No : 882012 ]

    call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142

    email : ietas32@yahoo. com

    fb page : Els Aulad House

     fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7