Jumaat, 21 Ogos 2015

KEGATALAN PADA FARAJ @ KEMALUAN WANITA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan.
Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.
Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.
Infeksi
Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru).
Image result for cacing kremi
sumber ihsan google

Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh dioleskan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus sebanyak dua hingga tiga kali/hari.
Kudis buta
Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.
sumber ihsan google
 Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam.
Rawatan
Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci.
Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
Hanya dengan cara meniadakan penyebab gatal-gatalnya, keluhan yang biasa mengganggu tidur malam itu, boleh diredakan. Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, pengharum pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen.
usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat perawatan. Berjumpalah dengan doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/infoKesihatan
© Utusan Melayu (M) Bhd


************************************************************
Untuk Cadangan Pengambilan Produk Shaklee...
Anda boleh berhubung terus dengan saya untuk mendapatkan konsultasi & pandangan berdasarkan pengalaman bersama para pelanggan saya... :)

************************************************************

Terima kasih sudi lawat blog saya & membaca entri kali ini...
Ikhlas dari saya,
Ieta ;)

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda
 Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Khamis, 20 Ogos 2015

TIPS PANDUAN MEMILIH PRODUK@SUPPLIMENT TERBAIK - siri 3/3


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, kali ini saya teruskan lagi perkongsian berkaitan panduan memilih produk nutrisi terbaik.. Moga dapat membantu sahabat-sahabat membuat pemilihan yang tepat dan TERBAIK! :)

Tips seterusnya ialah...

9- Berapa ramaikah Saintis Sepenuh Masa yang Bekerja dengan Syarikat Pengeluar Suppliment tersebut?
Pengeluar Suppliment yang berkualiti tinggi akan mempunyai ramai saintis-saintis dan kakitangan yang bertauliah Sarjana atau lebih tinggi dalam bidang pemakanan.

Image result for saintis shaklee
gambar ihsan google

10- Adakah Pengeluar Suppliment mempunyai Kemudahan penyelidikan Yang Sah?
Pengeluar berkualiti  akan mempunyai bangunan berasingan yang dikhususkan untuk penyelidikan. Pengeluar lebih tinggi reputasinya akan meletakkan kemudahan penyelidikan mereka di sekolah-sekolah perubatan berprestij.

11- Adakah Pengeluar Suppliment mempunyai Bajet penyelidikan bagi Produk Suppliment mereka?
Pengeluar berkualiti tinggi harus memperuntukkan sekurang-kurangnya US$1,000,000 setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.

12- Adakah Pengeluar Suppliment melakukan Ujian Klinikal pada Produk Suppliment mereka?
 Pengeluar berkualiti tinggi akan melakukan ujian klinikal ke atas produk suppliment mereka di institusi berprestij seperti Havard, Universiti Tufts, John Hopkins, Yale, UCLA, Stanford University, University of California Berkley. Ujian klinikal seperti ini harus dilakukan oleh institusi diluar sana supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah.
Image result for saintis shaklee


13- Adakah Pengilang menerbitkan Penemuan Klinikal mereka dalam jurnal-jurnal Ulasan Sains?
Pengeluar suppliment bukan sahaja melakukan ujian klinikal ke atas produk mereka,tetapi,mereka juga menerbitkan hasil klinikal mereka dalam jurnal-jurnal ulasan sains.

Image result for saintis shaklee

Pastikan anda kenal dan tahu jenis bagaimanakah suppliment yang anda ambil, Jaminan Kualitinya , kandungannya, dan sebagainya... Moga sedikit pengetahuan yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan panduan untuk kita semua memilih produk nutrisi yang TERBAIK!

Ini kerana ' TIDAK Semua Produk Pemakanan Sama Ciptaannya!'



Terima kasih sudi lawat blog saya.... :)
Ieta 
SID 882012 :) 
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Rabu, 19 Ogos 2015

TIPS PANDUAN MEMILIH PRODUK NUTRISI@SUPPLIMENT TERBAIK - siri 2/3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini kita sambung tips yang seterusnya buat panduan kita semua dalam mencari yang TERBAIK! :)

5- Adakah Produk Suppliment Yang Anda gunakan diperbuat daripada bahan Semulajadi atau Sintetik?
Bukan semua produk suppliment adalah 100% semulajadi; 
Contoh bagi vitamin B .... ada vitamin B yang mendakwa 100% semulajadi. Sesiapa yang mendakwa demikian adalah Salah.
Semua produk pemakanan berkualiti tinggi akan mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi.

sumber pakcik google :)


6- Adakah Produk Pemakanan mempunyai tarikh luput dicap pada botol?
sama seperti makanan yang akan rosak selepas tarikh luput, ini juga berlaku pada produk nutrisi. semua produk suppliment yang berkualiti tinggi akan dicap 'tarikh luput' pada botol mereka.

7- Adakah Produk Suppliment tersebut LULUS "ujian air"?
Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi.
Banyak produk pemakanan di pasaran mempunyai banyak bahan pengikat tiruan , bahan pengisi dan bahan pewarna yang apabila dimakan, sistem pencernaan kita tidak dapaat memecahkan pil untuk penyerapan. 
Ujian Air: Ambil pil sample daripada produk suppliment anda dan letakkan di dalam segelas air. Pil anda harus benar-benar larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit.Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak dapat memecahkan produk-produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah anda.

8- Adakah Pengeluar Produk Pemakanan Anda Mempunyai Lembaga Penasihat Saintifik yang Sah?
Syarikat Nutrisi berkualiti akan mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli sains yang terkenal di dunia. Banyak pengeluar pemakanan yang kurang ternama akan mempunyai 'lembaga penasihat' mereka terdiri daripada orang-orang yang tidak mempunyai pengiktirafan ijazah lanjutan dalam bidang biokimia atau pemakanan dan tiada autoriti dalam bidang pemakanan.

Okey, setakat ini dulu perkongsian tips panduan dalam memilih produk nutrisi TERBAIK demi menjamin KUALITI yang terbaik. Untuk kita jugaaa...
In Sya Allah , nanti kita sambung dalam siri yang ke 3 pula iaitu siri yang terakhir... :)
Syukran sudi singgah ke blog saya dan membaca coretan saya yang tak seberapa... :)
Salam Ukhuwwah Fillah dari saya...
Ieta... ;)
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Selasa, 18 Ogos 2015

TIPS PANDUAN MEMILIH PRODUK NUTRISI@SUPPLIMENT TERBAIK - siri 1/3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila menyebut berkenaan produk nutrisi atau suppliment pasti pelbagai persoalan timbul di fikiran kita kan? Apakah produk tersebut selamat, berkesan, halal atau sebagainya.
Kali ini mari kita sama-sama semak apakah ciri-ciri terbaik yang perlu ada untuk mendapatkan produk nutrisi yang bermutu tinggi. 

Gambar Ihsan Google


1- Siapa Syarikat Pengilang Produk Suppliment?
Terdapat banyak suppliment di pasaran yang hanya menjual dan mengedar produk tertentu tetapi tidak mengeluarkannya sendiri. Jadi, pastikan anda memilih produk yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh syarikat yang sama!. Ini kerana syarikat akan kualiti proses pembuatan dikawal dengan ketat oleh syarikat tersebut.

2- Adakah Pengeluar Suppliment mematuhi Prosedur FDA bagi Perkilangan yang baik?
Ia adalah penting untuk mengetahui samada produk suppliment tersebut telah dikeluarkan di bawah Prosedur Pengilangan baik FDA (GMP).

Gambar Ihsan Pakcik Google

Apakah itu GMP?
GMP ialah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmaseutikal perlu mematuhi peruntukkan undang-undang.
Prosedur ini tidak diperlukan oleh industri suppliment namun syarikat-syarikat yang terkenal adalah mereka yang bersedia untuk mematuhi garis panduan ini.
Terdapat hanya segelintir syarikat nutrisi yang telah melaksanakan garis panduan ini dalam prosedur pembuatan mereka.

3- Adakah Produk Nutrisi itu menjalani Ujian Kualiti Bahan-bahan mereka?
Setiap kelompok produk pemakanan perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban dan kualiti.produk-produk suppliment yang TERBAIK akan mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti ke atas setiap salah satu produk suppliment mereka!

4- Adakah Produk Nutrisi ini Mempunyai Makmal Bebas Yang Mengesahkan Kualiti Mereka dengan Keputusan yang Di sediakan kepada Orang Ramai?
Pengilang produk suppliment perlu menyediakan produk-produk kepada makmal bebas untuk mengesahkan kualiti mereka. Satu bidang mudah yang perlu disahkan adalah jumlah yang dinyatakan mengenai bahan tertentu yang disenaraikan pada label produk dengan jumlah sebenar yang terkandung dalam pil. Anda akan terkejut dan marah pada jumlah produk pemakanan di pasaran yang tidak mengandungi jumlah seperti yang disenaraikan pada label mereka!

okey, ini antara perkara-perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum memilih produk manakah yang TERBAIK demi kehidupan yang lebih sihat dan pulangan yang menguntungkan diri anda. 
Nantikan sambungannya pada entri yang seterusnya.... siri 2 :)

Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya... :)
Ieta ;)

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Isnin, 17 Ogos 2015

Dr. Forrest C. Shaklee & Sejarah Shaklee


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tentu ramai yang dah biasa dengar atau dah tahu apa itu 'Shaklee' kan? Bagi yang tak pernah dengar atau tak pernah mengetahuinya lagi, tidak perlu bimbang ,hari ini mari kita sama-sama kenali apa itu Shaklee dan sejarahnya... :)

Shaklee Headquarters Pleasanton
 Apa Itu Shaklee?

Kisahnya bermula hampir 60 tahun yang lalu dengan  Dr C. Forrest C. Shaklee , yang mana falsafahnya adalah 'Hidup Berharmoni dengan Alam' dan di dorong oleh pergerakan berterusan untuk membantu manusia hidup bahagia dan sihat.

Hari ini, Shaklee merupakan syarikat supplement semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat , dengan pejabat-pejabat di seluruh dunia, dan pakar-pakar utama dalam penyelidikan pemakanan. Sentiasa berusaha lebih kuat dan menjangkau di luar standard industri setiap hari untuk memastikan bahawa produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam'.

Selain menguji setiap ramuan baru untuk lebih 350 bahan cemar yang berbahaya, dijalankan juga lebih 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan setinggi mungkin. Pelaburan lebih daripada $250juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan disokong lebih dari 100 kertas saintifik - termasuk ujian pertama kali dibuat selama 20 tahun iaitu Kajian Landmark ( Landmark Study) , yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan dan banyak lagi, dan telah membantu 7 dari 25 pengembaraan yang tercatat dalam Time-Life Books'25 Greatest Adventures of All Time.

Siapakah Pengasas Produk Shaklee?

 Dr C. Forrest C. Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun dan hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat Fortune 500 dalam usia 80an beliau. 
 Dr C. Forrest C. Shaklee adalah seorang yang berbilang bakat,laluan kerjaya yang pelbagai beliau termasuk chiropractor, pencipta, penulis, dan personaliti radio.Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan beliau. Hari ini,falsafah Shaklee " Better You Better World" mencerminkan secara langsung visi awal Dr Shaklee.

Sumber Google

Semangat Kehidupan:

Minat Dr Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya ; batuk kering. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar loawa. Hidup berharmoni denagan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun-tahun pembentukan beliau.

Minat Dr Shaklee dalam kesihatan yang optima , membawa beliau dari lapangan, ke makmal dan bilik peperiksaan. Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan. Sentiasa mencuba, Dr Shaklee membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien makanan . " Vitalized Mineral" telah diperkenalkan pada tahun 1915, sebelum konsep vitamin telah difahami sepenuhnya. Beliau juga membina amalan dan klinik kiropraktik yang amat berjaya, di mana beliau belajar dari merawat pesakit bahawa kesihatan yang baik diperlukan untuk memupuk kesejahteraan, bukan hanya merawat penyakit.

Dr Shaklee juga merupakan seorang orang yang terawal dalam amalan membantu diri sendiri. Beliau menulis beberapa buku mengenai kepentingan pemikiran positif, yang mempunyai hak cipta sebagai 'Thoughtsmanship'. Dia juga mengajar konsep keharmonian, kesihatan dan rahsia kehidupan yang berjaya di program radio mingguannya sendiri.

Demikian sedikit perkongsian pengetahuan untuk sahabat pembaca untuk hari ini. Segalanya di tangan kita untuk memilih apa yang TERBAIK buat diri kita dan keluarga kita. :)
Terima kasih sudi membaca entri di blog saya...:)
Salam sayang dari saya..
Ieta ;)

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Sabtu, 15 Ogos 2015

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kehamilan merupakan satu perkara yang amat di nanti-nantikan oleh pasangan yang sudah berkahwin terutama pasangan yang baru berkahwin mahupun yang sudah lama mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun kebanyakan dari kita tidak menyedari bilakah bermulanya kehamilan yang sebenar?
Dengan mengetahui dan mengambil tahu proses awal kehamilan marilah kita ketahui apakah tanda-tanda di awal kehamilan. Moga membantu ibu-ibu untuk sentiasa kekal sihat dan aktif. :)

1. Mengidam


Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
Gambar Ihsan Google
                       

2. Warna areola menjadi gelap


Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
                                      

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi


Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

Gambar Ihsan Google
                                     

4. Kerap membuang air kecil


Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan


Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
Gambar Ihsan Google
                                        

6. Payudara melembut dan membengkak


Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah


Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
Gambar Ihsan Google
                                   

8. Mabuk hamil pagi


Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
Gambar Ihsan Google
                                      

9. Tidak datang haid


Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif


Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, Tahniah! :)
Gambar Ehsan Google
                     
******************************************
KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK PERTUMBUHAN BAYI YANG SIHAT , IBU YANG CERIA!
Seeloknya mula diamalkan setelah merancang untuk hamil atau sebelum kehamilan lagi... :)
 
                                              kebaikan b-complex shaklee
Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7