Khamis, 30 April 2015

PEMAKANAN IBU MENYUSU

PEMAKANAN IBU MENYUSU

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.




Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

sumber://www.babycenter.com.my
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda
 Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Panduan Penyimpanan dan Penggunaan Susu Perahan Ibu


Panduan Penyimpanan dan Penggunaan Susu Perahan Ibu

Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Contoh penyimpanan susu perahan ibu mengunakan bekas dadih.
Contoh penyimpanan menggunakan storage bottle.

Contoh Breastmilk Storage Bag



Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
  • Bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan




Penting!!!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.

Menyahbeku Susu Ibu:
  • Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya
Sumber : http://akuiza.blogspot.com/

Maklumat Tambahan


1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber : http://www.momschoice.com.my
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
Rakan Shaklee Anda
 Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Selasa, 28 April 2015

ISTIMEWANYA VIVIX SHAKLEE!




 




VIVIX THE BEST!

Thanks to shaklee! Vivix vitamin ajaib ini telah menyelamatkan ramai nyawa dan menjimatkan banyak kos pembedahan. Ianya juga telah berjaya memberi kehidupan baru kepada pesakit-pesakit kronik sebelum ini. Sesuai dengan Tagline nya: “Menjadikan anda 25 tahun lebih muda“, vivix shaklee sememangnya bukan sahaja menjadikan anda 25 tahun lebih muda di luaran, tetapi juga dalaman. Sebab tulah yang sakit pun boleh pulih seperti sebelum nya.

Rahsia di dalam kehebatan vivix ni terletak pada bahan yang dipanggil ‘Resveratrol’ iaitu sejenis bahagian tumbuhan yang dipanggil  polyphenols. Komponen ini mempunyai bahan antioksidan yang sangat tinggi yang mampu memelihara badan daripada kerosakan DNA yang boleh menyebabkan risiko seperti kanser dan penyakit jantung. Resveratrol dijumpai di dalam kulit anggur , kacang dan beri. Tapi yang istimewanya vivix ni Resveratrol di ambil dari 4 bahan yang sukar dijumpai di dunia iaitu:

bahan2 vivix
   1) Anggur muscadine
   2) Polygonum cuspidatum
   3) Lobak ungu
   4) European elderberries

Baiklah, mari kita tengok apa kelebihan vivix shaklee ni.

 

Bagaimana Vivix shaklee berfungsi untuk:

kelebihan vivix shaklee

 

Vivix untuk kencing manis:

Resveratrol di dalam Vivix membantu menghalang rintangan insulin yang membuatkan badan menjadi kurang sensitif pada kesan hormon yang berfungsi mengurangkan gula dalam darah ini iaitu insulin. Rintangan insulin merupakan penyebab kepada kencing manis.

Vivix untuk stroke

Resveratrol di dalam vivix membantu mengurangkan inflamasi, mengelakkan pengoksidaan kolestrol jahat dan menjadikan ianya sukar untuk platlet untuk bercantum dan membentuk darah beku yang menyebabkan penyakit jantung.

" ALHAMDULILLAH, mak saya seorang pesakit jantung yang dah tukar injap , guna injap besi, mendapat kesihatan yang lebih baik sejak amalkan Vivix, darah ok, tak cair tak pekat ! Doc pun puji! My lovely mom's Siti Mariam..."

El'auladhouse

Vivix untuk menurunkan darah tinggi

Resveratrol dalam vivix juga membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme. Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah. Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan  hypertension berlaku. Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.


Vivix untuk menghilangkan migrain

Resveratrol dalam vivix mampu menghapuskan H Pylori (iaitu nama saintifik yang boleh menyebabkan migrain) melalui agen keradangan yang dipanggil interleukin-8

Vivix untuk menyokong kesihatan sendi (atau arthritis)

Resveratrol di dalam Vivix shaklee mampu mengubah protein catabolism dan fungsi sendi, dan menghalang stress pengoksidaan dan pembentukan sel mati sendi dan tulang. Secara asasnya,Resveratrol menjaga kekuatan dan ketahanan sendi. Kajian mendapati bahawa Resveratrol menaikkan ketahanan sendi dengan meningkatkan komponen penghasil tenaga di dalam sel sendi dipanggil mitochondria.

Vivix untuk menjadikan anda 25 tahun lebih muda

Kajian mendapati bahawa Resveratrol mampu mengaktifkan DNA SIRT1 iaitu mekanisma biologi yang mampu memelihara badan daripada kesan bahaya dan penyakit2 usia.

Vivix untuk kanser

Resveratrol menghadkan penyebaran sel kanser dan membentuk proses pembunuhan sel kanser (dipanggil sebagai apoptosis).
Apoptosis, (Berdasarkan laporan pada 26 Julai 2008) merupakan komponen yang mampu melindungi sel daripada ‘deoxycholate’, iaitu merupakan sejenis garam yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit. Resveratrol dalam Vivix mampu mengelakkan daripda pembentukan sel mati dan agen pemusnah ‘deoxycholate’ .Resveratrol mampu membetulkan semula selular yang sudah rosak yang menjadi penyebab kanser.

testimoni vivix kanser

 

Vivix untuk mengecutkan tiroid

Kesan Resveratrol dalam Vivix dalam pembentukan sel kanser tiroid mampu membantutkan pertumbuhan sel tiroid sebanyak 12% jika mengambil 50ml Resveratrol.

Vivix Memudahkan perokok berhenti merokok

Vivix membuatkan rasa rokok jadi tidak sedap seperti hempedu.


Vivix untuk menghilangkan resdung

Kajian makmal mendapati bahawa  resveratrol dalm vivix mampu menjadi pilihan pemulihan yang melibatkan steroid untuk merawat simptom, perubatan antimicrobial yang kadang-kadang pembedahan pun tidak boleh lakukan untuk menghilangkan sinus atau resdung.




------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
Rakan Shaklee Anda 
 Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

PENAWAR SLE

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته 

Harini tergerak hati nak kongsikan kekaguman saya terhadap upline saya aka Nanny saya...
Kalau dengar cerita silamnya, terharu melihat dirinya yang sekarang...
Sememangnya dia insan HEBAT yang kuat semangat ,
 USAHA ! JANGAN MUDAH MENGALAH ! 
Sakit Itu Tandanya Allah Sayang Kat Kita ! Tapi Allah Suruh Kita Ikhtiar Juga Untuk Sihat kannn... :)
Saya kongsikan cerita Nanny saya dan Vivix di sini... Moga menjadi satu penguat semangat untuk kita semua ... In Sya Allah...

-------------------------------------------------------

Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..
 
------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

KEBAIKAN VIVIX

KEBAIKAN VIVIX 

Vivix merupakan produk terunggul Shaklee yang mendapat liputan dan testimoni yang mengkagumkan. Mari baca artikel kebaikan Vivix yang saya ambil dari rakan seShaklee 






































"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merahVivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.







Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkankebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”







Ni pula jadual yang membuat perbandingan antara Vivix, MonaVie, Tahitan Noni dan Xango Juice... cuba anda lihat bagaimana hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC).












------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House / fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Isnin, 27 April 2015

PROMO CINCH APRIL 2015!


PROMO HEBAT!

BUY 3 FREE 1!

APRIL 2015 ONLY!


JOM! JOM! PEJALKAN OTOT DENGAN CINCH! :)


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

BINA OTOT DENGAN PROTIN :)

Membina Otot dengan Protin

Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,

Untuk protin terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)



Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake


Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO 

*** Badan kurus tidak semestinya kurang BERAT!  UKUR & Timbang! :)

 NAK BADAN KURUS + PEJAL = BERAT ?! 
@
 KURUS + KURANG BERAT = MENGGELEBER LEMBIK ?!

**** Pilihan di tangan anda tau ! :)



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

PENTINGNYA AIR DALAM DIET SEHARIAN


"Kepentingan Hidrasi: Haus, tapi malas nak minum?!"
Artikel ditulis oleh Puan Siti Norlela Bt Alwi, Pakar Pemakanan dan Pegawai Pendidikan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

A
dakah anda tahu?
Nyawa kita terancam sekiranya tiga hari tidak minum air berbanding tujuh hari tanpa makanan?

Air sangat penting bagi kehidupan. Namun masyarakat umum seringkali dibelenggu desas desus berkenaan dengan tabiat minum air yang cukup mengelirukan!

Air Dan Tubuh Badan Kita



Asasnya, kita disarankan untuk minum sebanyak lapan gelas air sehari. Teori ini sememangnya mudah diingati; tetapi, adakah kita mencapai sukatan ini setiap hari? Adakah teori ini dipraktikkan sepenuhnya?

Pertama sekali, kita kena memahami bahawa tahap kesihatan setiap individu berbeza-beza, jenis-jenis aktiviti fizikal yang dilakukan dan faktor-faktor persekitaran (contohnya, cuaca) akan mempengaruhi kuantiti air yang diperlukan oleh badan kita. 60 peratus daripada berat badan kita terdiri daripada air. Ianya merupakan keperluan asas untuk melancarkan sistem badan kita untuk terus berfungsi. Sebagai contoh, air memainkan peranan utama dalam pembuangan toksin dari badan, merupakan ejen pengangkutan kepada sel-sel badan dan menstabilkan persekitaran pada telinga, mata dan juga bahagian kerongkong manusia.

Dehidrasi Dan Soalan-soalan Lazim

Dehidrasi merupakan situasi di mana badan kita kekurangan air, dan ianya boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan. Keadaan pening, keletihan, mudah marah dan bibir kering adalah di antara tanda-tanda yang paling ketara apabila seseorang sedang mengalami dehidrasi tahap pertama. Manakala keadaan yang lebih teruk sehinggakan ke tahap berlakunya  kekejangan otot, tekanan darah yang rendah, pengsan, kadar nadi yang lemah disertai dengan  pernafasan  tercungap-cungap yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.

Wanita Mengandung & Selepas Bersalin
 X


 √
Amalan pantang selepas bersalin antara sebilangan masyarakat Asia yang menghadkan pengambilan air kerana ianya dipercayai akan mengembangkan sistem peranakan dan urat.
Wanita yang mengandung mengalami laktasi dan memerlukan pengambilan air yang banyak. Pakar kesihatan menyarankan bahawa wanita mengandung patut meningkatkan pengambilan air purata kepada 10 gelas (2.3 liter) sehari. Ibu yang menyusukan anak pula perlu minum sebanyak 13 gelas (3.1 liter) sehari. Pengambilan air seharusnya secara berperingkat dan bukannya sekaligus.
Waktu Puasa
 √
Dehidrasi ketika berpuasa juga sering berlaku dan boleh membuat kita rasa letih dan kurang peka, oleh itu pengambilan air yang mencukupi ketika sahur dan ketika waktu berbuka puasa adalah amat penting.
Demam, muntah & Cirit-birit
 X

 √
Pengambilan air yang banyak sekaligus bagi mengelakkan dehidrasi selepas demam, muntah-muntah atau cirit-birit.
Pengambilan air seharusnya dilakukan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi.
Selepas Senaman & Aktiviti Fizikal Lasak
 √
Pengambilan air yang lebih wajar berikutan dengan senaman atau aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang telah hilang melalui peluh. Ekstra 600 mililiter air harus diminum terutamanya selepas aktiviti fizikal sederhana. Walaubagaimanapun, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu dan ianya bergantung kepada kuantiti peluh yang telah dihasilkan, jenis, tempoh, dan intensiti senaman yang dilakukan.
Secara umumnya, sebelum melakukan aktiviti kecergasan, sebanyak dua gelas air wajar diminum dahulu supaya ianya menampung peluh yang bakal dihasilkan. Senaman bagi tempoh yang lama atau berterusan memerlukan minuman isotonik untuk menggantikan air dan sodium yang hilang.
Semasa Menaiki Pesawat
 X




 √
Semasa kita berada di ketinggian altitud yang melebihi 2,500 meter boleh mencetuskan pernafasan dan pembuangan air. Kebanyakkan individu seringkali mengabaikan perasaan ini dan berasa bimbang dan malu untuk menggunakan tandas di atas pesawat. Justeru, mereka turut mengurangkan pengambilan air.
Kita seharusnya sentiasa mengutamakan apa yang baik untuk kesihatan dan tidak perlu mengabaikan perasaan untuk menggunakan tandas ketika berada dalam pesawat. Pengambilan air secara normal adalah wajar bagi mengelakkan keadaan dehidrasi.


Hidrasi Dan Pemakanan

Diet yang seimbang penting bagi mengekallan kesihatan kita. Pengambilan makanan yang mengandungi protin yang tinggi dan tidak mengutamakan keperluan air seharian boleh membebankan buah pinggang dan membawa kesan-kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang. Ini secara langsung akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang secara berperingkat tanpa disedari.

Adakah anda tahu? 20 peratus kandungan air yang diperlukan oleh badan kita setiap hari boleh didapati daripada makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, sup tomyam, sup tulang, sup berkrim dan sebagainya. Antara makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi adalah seperti buah tembikai, limau, tomato, daun salad, dan bayam.

Adakah minuman berkafein seperti air kopi, minuman bergas dan alkohol turut termasuk dalam teori '8 gelas air setiap hari'? Jawapannya adalah TIDAK. Minuman sebegini tidak patut diambil dalam kuantiti yang banyak kerana mengambil kira akan kandungan kalori yang tinggi.

Sebaliknya, air masak masih menjadi sumber minuman yang terbaik, paling murah dan senang didapati.

Akhir kata, dehidrasi tidak boleh dipandang ringan.

Kita harus peka dengan keadaan badan sendiri dan menyedari bahawa keperluan bagi setiap individu adalah berbeza. Ingat! Kesibukkan dalam kegiatan seharian TIDAK SEHARUSNYA dijadikan alasan untuk lupa minum air. Jangan ambil mudah dengan kepentingan hidrasi sekiranya anda sayangkan badan anda!------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? 
Hubungi kami : ;) 
Rakan Shaklee Anda Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # Pengedar Sah Shaklee Malaysia COD Temerloh, Mentakab,
/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House  fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7