Panduan Diet Pemakanan Sihat Kanak-Kanak
Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada
ibubapa masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan
yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun
kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan
yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang
berlebihan.
Jenis-jenis Makanan Utama:
- Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
- Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
- Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).
Pengurangan berat badan dikalangan kanak-kanak:
Kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan tdak sepatutnya menjalani pengawalan pemakanan yang terlalu ketat. Apa saja langkah yang diambil perlu melibatkan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini adalah perlu bagi menjaga emosi kanak-kanak terbabit disamping memberi motvasi untuk kanak-kanak ini lebih berdisiplin.Secara tidak langsung, seluruh ahli keluarga akan mendapat manfaat kepada amalan yang baik ini.
Panduan Asas
- Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
- Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
- Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat
Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Ikut Umur
Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak masih memerlukan kalori yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka. Carta dibawah ini memberi sedikit gambaran untuk anda mengenali keperluan harian mereka.
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Contoh Pelan Pemakanan
Berikut adalah contoh pelan pemakanan untuk kanak-kanak- Pagi = Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu
- Snack Pilihan.
- Tengahari = Nasi, ayam & sayuran
- Snack Pilihan.
- Malam = Roti Pita, fillet ikan dan sayuran
Sumber: Kevin Zahri
###ieta###
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami...
Berminat??? Hubungi kami : ;)
Rakan Shaklee Anda
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Khidmat Pos Seluruh Malaysia
COD Temerloh, Mentakab,
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini &
Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram :
017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
fb :
https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7
0 ulasan:
Catat Ulasan