Sabtu, 19 November 2016

BAHAYANYA PENDARAHAN KETIKA HAMIL!



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
dan Selamat Sejahtera


Kehamilan merupakan satu pengalaman yang menggembirakan bagi pasangan suami isteri. Namun kadangkala terdapat beberapa perkara yang merisaukan dan menggusarkan hati Ibu Hamil, terutama apabila berdepan masalah-masalah sepanjang kehamilan mereka. Antaranya ialah pendarahan ketika tempoh hamil.

Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun , punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.

Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh 'Pendarahan Implantasi' di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma bergerak menuju ke rahim dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahim.

Maka berlaku sedikit pendarahan dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama 1-3 hari sahaja.

Selain itu, jika seseorang wanita telah disahkan hamil dan mengalami pendarahan, berkemungkinan ia tanda proses keguguran. Ini bermakna tidak semestinya wanita yang hamil akan gugur. Ada masanya proses ini dapat dihentikan dan kehamilan dapat diteruskan.

Pendarahan akibat keguguran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang 12 minggu pertama. Ramai yang tidak menyangka tisu seperti daging keluar dari faraj, sebenarnya  adalah janin dari dalam rahim yang telah keluar tanpa disedari.

Kebanyakkan keguguran di awal kehamilan adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara semulajadi untuk tubuh mengelakkan kehamilan janin yang cacat.





Kehamilan di luar rahim (ectopic pregnancy) juga boleh menyebabkan pendarahan. Kehamilan di luar rahim adalah kehamilan yang tidak berlaku di dalam rahim, sebaliknya ia berlaku pada salur fallopian, yang mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa.

'Kehamilan Anggur' juga boleh menyebabkan pendarahan. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal selepas proses persenyawaan, yang membesar dengan cepat di dalam rahim. Dalam kehamilan ini, wanita itu sebenarnya mempunyai tisu yang berbahaya dalam rahimnya dan tiada janin di dalam kehamilan ini.




Ketumbuhan pada pangkal rahim (polyp) ketika hamil juga boleh menyebabkan pendarahan.

Selain itu perpisahan uri dari dinding dalam rahim (Placental Abruption) juga boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil. Ia selalunya berlaku pada semester kedua atau ketiga dalam tempoh kehamilan dan selalunya disertai dengan rasa sakit perut.




Uri pada kedudukan bawah rahim atau 'Placenta Previa' yang menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan pada semester kedua dan ketiga kehamilan.

Yang terakhir, pendarahan ketika hamil pada akhir kehamilan mungkin menandakan tanda-tanda mahu melahirkan anak. Selalunya ia disertai dengan mucus yang pekat dan disertai dengan sakit perut. 

Jika sakit perut ini berulang-ulang dan semakin kuat, segeralah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Di sini , saya mencadangkan para ibu hamil bolehlah mengambil Suppliment untuk ibu hamil dan berpantang bagi memelihara kesihatan ibu dan bayi. Ianya boleh membantu untuk menguatkan rahim dan memberi kecergasan dan tenaga buat ibu hamil yang mana suppliment ini boleh diteruskan sehingga tempoh berpantang dan menyusu. 

Antara Kandungan Set Kehamilan ini:
1. Energizing Soy Protein 
2. Vita-Lea Iron Formula
3.  B-Complex
4. Ostematrix
5. Vita C Sustained Release
6. Omega Guard 

Dengan pengambilan lengkap Set Kehamilan berasaskan semulajadi ini, para ibu sudah tidak perlu mengambil vitamin sintetik atau vitamin yang mengandungi kimia sepanjang tempoh kehamilan anda.

Segalanya terserah atas pilihan anda untuk memilih yang mana terbaik untuk anda. In Sya Allah , kita juga sentiasa bermohon pada Allah agar diri ibu dan bayi sentiasa sihat dan ceria, dipelihara Allah dari segala kemudaratan. Amiinn...

Sekian coretan saya kali ini. Terima kasih sudi singgah ke El's Aulad House of Vitamin. :)
Salam Ukhuwwah Fillah dari saya,
Ieta@Marzita Zakaria ;)
SID 882012/017.9040142



**************************************************

TESTIMONI HAMIL DENGAN GLA SHAKLEE

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

dan Salam Sejahtera


Kehamilan merupakan satu anugerah dari Yang Maha Esa yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pasangan yang berkahwin. Namun , ada juga yang diuji oleh Allah tidak dikurniakan zuriat ataupun lambat menimang cahaya mata. Pelbagai ikhtiara diusahakan oleh mereka selain daripada BERDOA berterusan mengharap sesuatu keajaiban dari Yang Esa. 

Kali ini saya hanya nak berkongsi pengalaman seorang rakan Shaklee yang telah berjaya hamil dengan pengambilan Set Kesuburan Shaklee sebagai ikhtiarnya untuk mendapat cahayamata. Alhamdulillah, segalanya rezeki dari Allah yang Esa berkat kesabaran dan usaha yang bersungguh-sungguh yakin dengan Kekuasaan Yang Maha Esa.

( Nor Azlina bt Mohd Ali ) 
" Kisah saya bersama set kesuburan...

Kisahnya,saya makan set resdung utk masalah tersebut kemudian saya tambah esp (masalah rambut gugur dan kerap letih ,cepat penat)..pastu GLA COMPLEX (mslh period yg pjg... Kadang tu sebulan 2 @ 3 kali)


Saya konsisten makan supplement tersebut .. 2hari sebelum raya saya period, tp kali ni hanya setitik dua sahaja.. Tp selama 3hari. Saya jadi risau nie (dalam hati.. Eh,tapi takkan kot) saya biarkan dl. Saya stop GLA COMPLEX.

Beberapa hari kemudian perut saya sakit sangat.. Makan ini tak cukup,lapar. Makan lagi lapar.(suami gembira masa tu..katanya, nak jadi gemuk la tuu..sebab awk kurus sangat..basguss laa) Perut saya sakit pedih.. Mcm gastrik. (Tapi asyik kentut 24jam...hahahahaha)

Pergi klinik,ujian negatif.. Tp dalam hati nie.. Lain. Doktor bagi ubat gastrik,saya tak makan.. Gaviscon semua ada.haissss... Saya buang ubat semua.

Selepas seminggu saya p pakar... Pun ujian negatif

Beberapa hari kemudian saya buat ujian sendiri..beli upt senyap2.. Ehehehe.. Malu kalo suami tau.tapi masa nie da delay 9hari..

Ujian samar... Da ade 2line. Tapi kabur..

Saya tunggu lagi seminggu...upt saya jelas kelihatan. Mmg sah saya mengandung... Dengan set subur gla complex + set resdung + ESP

Masa tu..abis menggeletar tangan kaki..
Allahuakbar!!
Mmg x sangka... Rezeki allah bagi.
Mungkin berkat solat tengah malam jugk... "



Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah. diberikan ruang dan peluang untuk kita mencuba, apa salahnya kan kalau kita ikhtiarkan dulu. Yang penting DOA dan PENGHARAPAN hanya pada YANG MAHA ESA. Sentiasa berbaik sangka pada ALLAH. Tidak MUSTAHIL segalanya berlaku kan? REZEKI itu MILIK ALLAH. 

Sesungguhnya , ALLAH itu lebih MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNYA. ;)

Sekian dulu perkongsian pada kali ini, moga ianya bermanfaat buat kita semua. :)

ieta's@MARZITA ZAKARIA/017.9040142/PENGEDAR SHAKLEE ANDA ;)


------------------------------------------------------

Jumaat, 11 November 2016

Tips Sihat Cergas

Tips Kekal Sihat & Cergas

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Sihat itu Anugerah Allah.
Badan Cergas & Sihat impian setiap insan yang bergelar hamba Allah.

Tak kira siapa pun dia ,yang bekerja , yang kerja sendiri , hatta surirumah sekalipun, yang muda , yang tua , semuanya mengimpikan Hidup Sihat Cergas Ceria...kannn

Harini saya nak kongsikan sedikit ilmu Allah ini dan juga pengalaman saya sendiri..

Pertama sekali di awal pagi , sebelum melakukan apa-apa tugasan hidup kita , sebutlah nama Allah "Yaa Baari" Yang Maha Mengaturkan . Zikir lah 40x setiap hari supaya hari-hari kita lalui dengan sebaik-baik perancangan Allah. In sya Allah.



Keduanya, hindarilah sifat-sifat mazmumah , sifat-sifat yang keji, sifat-sifat yang negatif kerana ianya mengundang seribu satu penyakit hati. Bila hati sakit, jasad juga sakit bersama. Betul kan...

Seterusnya , peliharalah perut dari mengisinya dengan makanan-makanan yang syubhah , makanan-makanan yang mengundang hadirnya penyakit , kerana penyakit datangnya dari perut . Kesian perut kita , bila kita sumbat dengan makanan-makanan yang mengundang risiko . Oleh itu, sama-sama kita kurangkan sedikit demi sedikit dari memakan makanan yang berlemak,berminyak, dan yang paling penting pastikan makanan kita itu seratus peratus Halalan Toyyiban.

Akhirnya , kita juga boleh mengambil supplement tambahan untuk membantu tubuh badan kita mengisi kekurangan nutrisi yang diperlukan tubuh badan setiap hari. Macam-macam kerja , macam-macam tugaskan yang kita buat sehari-hari. Ada masa rasa tak der tenaga sangat dah...

Saya la tu... hihihi... segala benda nak buat. Terutama bila dah akhir-akhir tahun ni. Nak rezo soalan pekse , nak rait , nak masuk markah, nak kemas dewan , nak berLadap dan berMesyuarat. Macam-macam kan, tapi kita kena sahutlah cabaran tersebut, jadi ikhtiarkan lah supaya badan kita kekal sihat .


( Malam-malam baru line laju buat ni )




( Ni kerja tambahan sumbangan tenaga untuk anak bangsa , malam-malam la baru boleh merempit )


( Hasil yang belum siap 100 peratus , buat sama-sama rakan )

Kalau tak support badan betul-betul , camana nak stamina tu kuatkan?.



Ostematrix memang membantu sangat-sangat menghilangkan lenguh-lenguh badan , menguatkan tulang dan gigi. Inilah kalsium terbaik saya jumpa. Dok amal makan ni lah boleh panjat tangga turun tangga hari-hari walau badan kembang setaman.kikikiki.

B-Complex ni pun saya suka. Membantu menghilangkan stress, mengurangkan rasa nak marah-marah. Kerja saya memang selalu kena menahan sabo terutama bila berhadapan dengan generasi i Love You ni. Memang tahap kesabaran perlu ditingkatkan. Hehehehe


Ambil lah juga Sustained Release Vitamin C . Saya kalau demam ,memang ambil ni je, dah lama tak kawan dengan Panadol dah. Bila time demam pun saya extra kan pengambilan Vita C ni, maintain boleh gi kerja walau badan berpeluh seram sejuk .

Buat penutup tirai saya kongsikan hasil tangan kejung saya dan tangan halus rakan-rakan saya untuk sesiapa sahaja yang sedang mencari idea hiasan pentas. Akhir tahun ni biasalah kan, projek-projek gini la yang kena ngadap. Suka suka kannn... hihihi





Sampai disini coretan saya hari ini. Pengalaman yang saya rasai , membuatkan saya teruja nak kongsikan dengan insan lain supaya kita sama-sama Sihat Cergas agar memudahkan tugas kita selaku hamba Allah .

Ikhlas dari saya
~ieta's

Sid 882012 / Marzita Zakaria / 017.9040142

Isnin, 1 Februari 2016

PROMO JIMAT FEBRUARI 2016! Nutriferon! Vitalea For Children! ;)


ASSALAMUALAIKUM ... w.b.t

Buat Semua Yang Di Sayangi...

Februari Datang Lagi, Dengan Pelbagai Lagi Tawaran Menarik Yang Shaklee Berikan...

Joom Rebut Peluang Untuk Berjimat Bulan Ini!

Kuatkan Sistem Imun Di Tahun 2016 Yang Panas Ini...

Berlalunya Januari Dengan Tawaran Super Jimat Vivix! Namun, Datangnya Februari Dengan Tawaran Super Jimat Nutriferon! Joom Rebut Tawaran Super Jimat!

Hubungi saya untuk mendapat HARGA Terbaik! In sya Allah... Satu? Dua? atau Tujuh? ... Terpulang pada anda! :)











Anak-anak saya suka sangat minum bancuhan Nutriferon ni,takder lah rasa apa sangat, seminggu sekali je saya bagi kat anak-anak, bila time demam barulah saya bagi setiap hari, tapi anak-anak memang susah nak demam, ubat klinik memang dah lama tak sentuh.

Vitalea for kid berperisa anggur pun sedap! Bukan anaknya je yang makan, maknya pun tumpang sekaki. hi hi hi ...

Saya ikhtiar dengan suppliment Shaklee aje dan di teruskan dengan habbatussauda , gabungkan sekali... ;)

In sya Allah , kita berikhtiar dan serahkan segala-galanya pada Allah jua...
Setiap yang berlaku di dunia ini, segalanya dengan izin Allah jua... :)

Salam Ukhuwwah fillah dari saya...

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami...  ;)
Hubungi Rakan Shaklee Anda 
 Marzita binti Zakaria #  ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ 
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7