Jumaat, 8 Mei 2015

Puting pedih dan merekah semasa menyusukan

Puting Pedih dan Merekah Semasa Menyusukan

Mengapa puting saya terasa pedih?

Rasa pedih pada bahagian puting semasa menyusukan adalah sesuatu yang biasa bagi ibu-ibu yang baru menyusu badan dan ramai yang memikirkan ia adalah sebahagian daripada pengalaman penyusuan badan. Tetapi ini tidak benar. Anda mungkin akan rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama. Tetapi sakit yang teruk atau berpanjangan adalah tidak normal.

Penyusuan badan sepatutnya menyeronokkan bagi anda dan bayi. Jika tidak, ia mungkin adalah tanda bahawa anda perlu membuat beberapa perubahan.

Apakah punca puting pedih?

Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting anda pedih.



Kesukaran untuk melekap
  • Masalah: Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.
  • Penyelesaian: Pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut.

Jika bayi anda tidak menganga untuk memasukkan buah dada anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi. Lihatlah gambar-gambar dalam artikel bagaimana cara menyusukan untuk membantu anda.

Jika puting anda sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda dapat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya.

Pakar penyusuan BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan anda menggunakan susu badan anda sendiri. Biarkan sahaja sedikit di atas puting selepas penyusuan. “Ia murah dan berkesan,” kata beliau.

Lidah terikat
  • Masalah: Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada buah dada anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.
  • Penyelesaian: Mintalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna.

Jangkitan fungus (thrush)
  • Masalah: Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan dan jangkitan fungus pada bayi.
  • Penyelesaian: Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

Dermatitis
  • Masalah: Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.
  • Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.

Tumbuh gigi
  • Masalah: Bayi anda sedang tumbuh gigi dan menggigit anda. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa. Jika dia mengigit anda, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.
  • Penyelesaian: Bantulah bayi anda menganga dan menjulurkan lidahnya. Anda boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah memberi respon, dekatnya dengan cepat ke payudara anda. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi anda perlu bergerak cepat!

Menyusukan semasa hamil
  • Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.
  • Penyelesaian: Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.

Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
  • Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.
  • Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.

Adakah puting pedih ini akan memudaratkan bayi saya?

Masalah puting pedih tidak memudaratkan bayi. Tetapi ia boleh jadi satu tanda penyusuan yang tidak betul. Jika bayi anda tidak melekap dengan betul, dia mungkin akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori dan boleh diperolehi pada akhir penyusuan.

Beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda tidak menyusu dengan betul termasuklah:
  • pertambahan berat badannya tidak mencukupi;
  • masa penyusuan yang panjang;
  • bayi mahu kerap disusukan;
  • bayi kelihatan tidak tenteram selepas menyusu.

Adakah saya masih boleh menyusukan walaupun dengan puting yang pedih?

Ya. Tetapi jika anda masih berasa sangat sakit walaupun setelah mencuba panduan-panduan di atas, hubungilah pakar. Jika anda merasa sukar untuk meneruskan penyusuan, mintalah mereka rujukkan anda kepada pakar penyusuan. Beliau boleh melihat apa yang anda lakukan dan membantu anda melakukannya dengan betul.

Sumber : http://www.babycenter.com.my/

Zinc Complex Shaklee : Membantu meredakan luka 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ;)
Ieta * 017-9040142
SID 882012 :)
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Khamis, 7 Mei 2015

Kebaikan Susu Ibu

Apakah Kebaikan Susu Ibu?

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.



Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu
Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.

 Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Wallahualam.....

Set Menyusu Shaklee 

Bantu atasi:
* keletihan
* kemerosotan susu
* meningkatkan kualiti susu ibu
* memekatkan susu ibu menyebabkan bayi cepat kenyang
* kesihatan buat ibu dan bayi
* mengurangkan stress pada ibu
* mengurangkan sakit pinggang sepanjang penyusuan
* meningkatkan tenaga buat ibu
dan banyak lagi manfaat lain yang diperolehi :)

 Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ;)
Ieta * 017-9040142
SID 882012


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
 Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Supplement penting ibu hamil

Supplement Penting Wanita Hamil

Pengambilan supplement semasa hamil amatlah digalakkan bagi membantu ibu dan bayi kekal sihat dan cergas... Ini bagi memastikan wanita hamil mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya kerana bayi berkongsi nutrisi dengan ibunya...

Antara supplement penting bagi wanita hamil ialah:
1) Zat besi (iron)
2) Kalsium
3) Folic Asid
4) omega-3


IRON 

Iron ( zat besi ) penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh.Ia mengurangkan risiko kelahiran pramatang. 



Vita-Lea® Iron Formula Shaklee


Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 









Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Kalsium 

 Kalsium pula sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium yang cukup, wanita yang hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anaknya dalam rahim.



OsteMatrix™ Shaklee
 

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrix
TM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Folic Acid 

Folic Acid sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan . Ia harus diambil sebaik saja persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma supaya kita dapat berikhtiar untuk menghalang kecacatan neural tube, di samping membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain. 

Oleh itu, ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar pengambilan folic asid ini dimulakan sebelum kehamilan lagi. mereka mencadangkan agar folic acid diambil sebaik saja selepas berkahwin kerana ada kalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang. 


B- Complex Shaklee

B yang Lengkap dan Seimbang
 
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Omega -3

Omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber terbaik bagi omega-3.  



OmegaGuard™ Shaklee

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard
TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM
menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Set Lengkap Prenatal Shaklee...



Bertindaklah awal...demi insan tersayang...Saya mengandung anak ke-3 barulah jumpa set ni... Alhamdulillah dengan izin Allah... Baby dah setahun 7 bulan... memang berbeza dari abang-abangnya...Kelahirannya mengujakan walidnya...dengan beratnya 3.4 kg dan dengan cerah dan bersihnya kulitnya... Syukur Alhamdulillah dipertemukan Allah dengan produk yang betul-betul selamat ... Sentiasa bertenaga sepanjang kehamilan walaupun naik turun blok 3-4 tingkat setiap hari dari blok A hingga blok F... melayan kerenah anak-anak syurga yang pelbagai ragam...Alhamdulillah...masih mampu tersenyum gembira...

If ada sebarang pertanyaan pun boleh pm saya...
Ieta # 017-9040142
SID 882012
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7