Khamis, 11 Disember 2014

MEALSHAKE SHAKLEE TIDAK SELAMAT???


Mealshake Shaklee Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?



elauladhouse.blogspot.com

Assalamualaikum...Salam Ukhuwwah buat semua...Kerana Allah jualah kita dipertemukan di sini... :)

Harini terasa nak bercerita tentang isu ini yang dibangkitkan oleh seseorang dalam satu group para ibu semalam...Sekadar perkongsian dan penambahan ilmu buat diri saya juga... :)

Mealshake Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga. Buat yang masih belum kenal, Mealshake Shaklee ni juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang:
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.

Jadi kenapa ada yang kata Mealshake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshake Shaklee ada Maltodextrin

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.

elauladhouse.blogspot.com

Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda.

Untuk info lanjut berkaitan Maltodextrin, anda boleh lah jenguk di What is Maltodextrin dan Is Maltodextrin Bad For You?

Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Mealshake Shaklee

Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’). Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.

Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?

Isu 3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu pengambilannya? Hubungilah pengedar Shaklee anda. Jika anda customer saya, hubungi saya dan pasti saya berikan pada anda.

Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak anda.

Sekarang terpulang atas diri kita masing-masing. Alhamdulillah, anak-anak saya tiada masalah setelah lebih setahun amalkan mealshakes ni, malahan anak sulung saya El Ameen yang dulunya kulit lehernya jadi kasar-kasar kerana kerap menggaru akibat selalu gatal dah hilang malahan kulitnya dah jadi baik seperti kanak-kanak lain.

Muhammad El Ameen.Elauladhouse.blogspot.com

Inilah anak sulung saya yang memang sejak kecil alami masalah ruam kulit, dulu-dulu sekitar lehernya hitam dan kasar berbanding kawasan lain kerana gatal dan digarunya selalu.Kini sudah tiada lagi. Alhamdulillah. Selera makannya juga sudah semakin baik walaupun badannya tidaklah berisi seperti kawan-kawannya tetapi dialah yang paling tinggi berbanding rakan-rakannya.

Kalau betul cara pengambilan yang diperlukan dalam sehari, Insya Allah kebaikan yang kita dapat. Makanlah apa pun tapi kalau tak ikut had yang betul memang mengundang mudarat. Amal apa-apa pun mestilah ada ilmu dan dengan cara yang betul.

Sekadar itu perkongsian dari saya, mudah-mudahan memberi manfaat buat semua.
Salam Ukhuwwah fillah dari saya... ieta :) 
Kredit juga buat www.lifefit.my ... Thanks ...

------------------------------------------------------


Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)

 Rakan Shaklee Anda 

Marzita binti Zakaria

# ummi Els @ ieta # 

Pengedar Sah Shaklee Malaysia 

Khidmat Pos Seluruh Malaysia

 COD Temerloh, Mentakab,

Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )

Shaklee ID [ No : 882012 ]

call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142

email : ietas32@yahoo. com

fb page : Els Aulad House

 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan