Sabtu, 15 Ogos 2015

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kehamilan merupakan satu perkara yang amat di nanti-nantikan oleh pasangan yang sudah berkahwin terutama pasangan yang baru berkahwin mahupun yang sudah lama mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun kebanyakan dari kita tidak menyedari bilakah bermulanya kehamilan yang sebenar?
Dengan mengetahui dan mengambil tahu proses awal kehamilan marilah kita ketahui apakah tanda-tanda di awal kehamilan. Moga membantu ibu-ibu untuk sentiasa kekal sihat dan aktif. :)

1. Mengidam


Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
Gambar Ihsan Google
                       

2. Warna areola menjadi gelap


Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
                                      

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi


Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

Gambar Ihsan Google
                                     

4. Kerap membuang air kecil


Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan


Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
Gambar Ihsan Google
                                        

6. Payudara melembut dan membengkak


Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah


Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
Gambar Ihsan Google
                                   

8. Mabuk hamil pagi


Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
Gambar Ihsan Google
                                      

9. Tidak datang haid


Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif


Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, Tahniah! :)
Gambar Ehsan Google
                     
******************************************
KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK PERTUMBUHAN BAYI YANG SIHAT , IBU YANG CERIA!
Seeloknya mula diamalkan setelah merancang untuk hamil atau sebelum kehamilan lagi... :)
 
                                              kebaikan b-complex shaklee
Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Shaklee menawarkan B-Compex iaitu produk yang mengandungi rangkaian Vitamin B termasuklah Asid Folik. Kelebihan B-Complex ini ialah ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh seperti Vitamib B1(thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B9 (folic acid), B12 (cobalamin) dan Biotin

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan