Isnin, 17 Ogos 2015

Dr. Forrest C. Shaklee & Sejarah Shaklee


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tentu ramai yang dah biasa dengar atau dah tahu apa itu 'Shaklee' kan? Bagi yang tak pernah dengar atau tak pernah mengetahuinya lagi, tidak perlu bimbang ,hari ini mari kita sama-sama kenali apa itu Shaklee dan sejarahnya... :)

Shaklee Headquarters Pleasanton
 Apa Itu Shaklee?

Kisahnya bermula hampir 60 tahun yang lalu dengan  Dr C. Forrest C. Shaklee , yang mana falsafahnya adalah 'Hidup Berharmoni dengan Alam' dan di dorong oleh pergerakan berterusan untuk membantu manusia hidup bahagia dan sihat.

Hari ini, Shaklee merupakan syarikat supplement semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat , dengan pejabat-pejabat di seluruh dunia, dan pakar-pakar utama dalam penyelidikan pemakanan. Sentiasa berusaha lebih kuat dan menjangkau di luar standard industri setiap hari untuk memastikan bahawa produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam'.

Selain menguji setiap ramuan baru untuk lebih 350 bahan cemar yang berbahaya, dijalankan juga lebih 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan setinggi mungkin. Pelaburan lebih daripada $250juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan disokong lebih dari 100 kertas saintifik - termasuk ujian pertama kali dibuat selama 20 tahun iaitu Kajian Landmark ( Landmark Study) , yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan dan banyak lagi, dan telah membantu 7 dari 25 pengembaraan yang tercatat dalam Time-Life Books'25 Greatest Adventures of All Time.

Siapakah Pengasas Produk Shaklee?

 Dr C. Forrest C. Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun dan hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat Fortune 500 dalam usia 80an beliau. 
 Dr C. Forrest C. Shaklee adalah seorang yang berbilang bakat,laluan kerjaya yang pelbagai beliau termasuk chiropractor, pencipta, penulis, dan personaliti radio.Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan beliau. Hari ini,falsafah Shaklee " Better You Better World" mencerminkan secara langsung visi awal Dr Shaklee.

Sumber Google

Semangat Kehidupan:

Minat Dr Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya ; batuk kering. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar loawa. Hidup berharmoni denagan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun-tahun pembentukan beliau.

Minat Dr Shaklee dalam kesihatan yang optima , membawa beliau dari lapangan, ke makmal dan bilik peperiksaan. Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan. Sentiasa mencuba, Dr Shaklee membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien makanan . " Vitalized Mineral" telah diperkenalkan pada tahun 1915, sebelum konsep vitamin telah difahami sepenuhnya. Beliau juga membina amalan dan klinik kiropraktik yang amat berjaya, di mana beliau belajar dari merawat pesakit bahawa kesihatan yang baik diperlukan untuk memupuk kesejahteraan, bukan hanya merawat penyakit.

Dr Shaklee juga merupakan seorang orang yang terawal dalam amalan membantu diri sendiri. Beliau menulis beberapa buku mengenai kepentingan pemikiran positif, yang mempunyai hak cipta sebagai 'Thoughtsmanship'. Dia juga mengajar konsep keharmonian, kesihatan dan rahsia kehidupan yang berjaya di program radio mingguannya sendiri.

Demikian sedikit perkongsian pengetahuan untuk sahabat pembaca untuk hari ini. Segalanya di tangan kita untuk memilih apa yang TERBAIK buat diri kita dan keluarga kita. :)
Terima kasih sudi membaca entri di blog saya...:)
Salam sayang dari saya..
Ieta ;)

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan