Rabu, 6 Mei 2015

KEPERLUAN VITAMIN IBU HAMIL

 


Keperluan Vitamin Ibu Hamil


Sememangnya ibu hamil amat-amat digalakkan mengambil vitamin dan mineral bagi memenuhi keperluan ibu hamil.

Bekalan tambahan ( supplement ) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. 

Pengambilan supplement prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan.

Malangnya , ramai wanita yang hamil tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Antara supplement yang penting bagi wanita hamil ialah zat besi (iron) , kalsium, folic asid dan omega 3.Namun amalan pengambilan supplement Prenatal vitamin tidak pula bermakna seorang wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air.

Prenatal vitamins juga tidak menjanjikan anak yang bakal lahir tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan atau kecacatan. Kalau boleh diberikan analogi, mengamalkan prenatal vitamin ibarat menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu kereta, tapi dalam masa yang sama, tidak menjanjikan pemandu itu selamat dan tidak mengalami kemalangan jalanraya. Jika berlaku kemalangan pun, tentu kecederaan yang dialami tidak seteruk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Alhamdulillah, semasa mengandungkan anak kedua, barulah saya mengetahui betapa pentingnya keperluan pengambilan supplement bagi ibu hamil terutama orang yang tak berapa selera makan seperti saya. Pengalaman melahirkan anak pertama yang mengalami masalah kurang berat menyebabkan saya mencari cara terbaik untuk hamil sihat. Alhamdulillah anak ke 3 saya berat lahirnya 3.4 kg berbanding abangnya hanya 2.1 kg dan 2.8 kg. 



Semestinya supplement pilihan saya Set Mengandung Shaklee kerana saya dah pernah ambil supplement jenama lain semasa mengandung anak sulung dulu. Pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Supplement terbaik! 

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang saya kutip dari pembacaan artikel Doktor Zubaidi.
Berjumpa lagi di lain entri.

Salam Ukhuwwah dari saya...
Ieta
SID 882012
:)

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda
 Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

0 ulasan:

Catat Ulasan