Sabtu, 19 November 2016

BAHAYANYA PENDARAHAN KETIKA HAMIL!



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
dan Selamat Sejahtera


Kehamilan merupakan satu pengalaman yang menggembirakan bagi pasangan suami isteri. Namun kadangkala terdapat beberapa perkara yang merisaukan dan menggusarkan hati Ibu Hamil, terutama apabila berdepan masalah-masalah sepanjang kehamilan mereka. Antaranya ialah pendarahan ketika tempoh hamil.

Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun , punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.

Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh 'Pendarahan Implantasi' di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma bergerak menuju ke rahim dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahim.

Maka berlaku sedikit pendarahan dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama 1-3 hari sahaja.

Selain itu, jika seseorang wanita telah disahkan hamil dan mengalami pendarahan, berkemungkinan ia tanda proses keguguran. Ini bermakna tidak semestinya wanita yang hamil akan gugur. Ada masanya proses ini dapat dihentikan dan kehamilan dapat diteruskan.

Pendarahan akibat keguguran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang 12 minggu pertama. Ramai yang tidak menyangka tisu seperti daging keluar dari faraj, sebenarnya  adalah janin dari dalam rahim yang telah keluar tanpa disedari.

Kebanyakkan keguguran di awal kehamilan adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara semulajadi untuk tubuh mengelakkan kehamilan janin yang cacat.





Kehamilan di luar rahim (ectopic pregnancy) juga boleh menyebabkan pendarahan. Kehamilan di luar rahim adalah kehamilan yang tidak berlaku di dalam rahim, sebaliknya ia berlaku pada salur fallopian, yang mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa.

'Kehamilan Anggur' juga boleh menyebabkan pendarahan. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal selepas proses persenyawaan, yang membesar dengan cepat di dalam rahim. Dalam kehamilan ini, wanita itu sebenarnya mempunyai tisu yang berbahaya dalam rahimnya dan tiada janin di dalam kehamilan ini.




Ketumbuhan pada pangkal rahim (polyp) ketika hamil juga boleh menyebabkan pendarahan.

Selain itu perpisahan uri dari dinding dalam rahim (Placental Abruption) juga boleh menyebabkan pendarahan ketika hamil. Ia selalunya berlaku pada semester kedua atau ketiga dalam tempoh kehamilan dan selalunya disertai dengan rasa sakit perut.




Uri pada kedudukan bawah rahim atau 'Placenta Previa' yang menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan pada semester kedua dan ketiga kehamilan.

Yang terakhir, pendarahan ketika hamil pada akhir kehamilan mungkin menandakan tanda-tanda mahu melahirkan anak. Selalunya ia disertai dengan mucus yang pekat dan disertai dengan sakit perut. 

Jika sakit perut ini berulang-ulang dan semakin kuat, segeralah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Di sini , saya mencadangkan para ibu hamil bolehlah mengambil Suppliment untuk ibu hamil dan berpantang bagi memelihara kesihatan ibu dan bayi. Ianya boleh membantu untuk menguatkan rahim dan memberi kecergasan dan tenaga buat ibu hamil yang mana suppliment ini boleh diteruskan sehingga tempoh berpantang dan menyusu. 

Antara Kandungan Set Kehamilan ini:
1. Energizing Soy Protein 
2. Vita-Lea Iron Formula
3.  B-Complex
4. Ostematrix
5. Vita C Sustained Release
6. Omega Guard 

Dengan pengambilan lengkap Set Kehamilan berasaskan semulajadi ini, para ibu sudah tidak perlu mengambil vitamin sintetik atau vitamin yang mengandungi kimia sepanjang tempoh kehamilan anda.

Segalanya terserah atas pilihan anda untuk memilih yang mana terbaik untuk anda. In Sya Allah , kita juga sentiasa bermohon pada Allah agar diri ibu dan bayi sentiasa sihat dan ceria, dipelihara Allah dari segala kemudaratan. Amiinn...

Sekian coretan saya kali ini. Terima kasih sudi singgah ke El's Aulad House of Vitamin. :)
Salam Ukhuwwah Fillah dari saya,
Ieta@Marzita Zakaria ;)
SID 882012/017.9040142



**************************************************

TESTIMONI HAMIL DENGAN GLA SHAKLEE

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

dan Salam Sejahtera


Kehamilan merupakan satu anugerah dari Yang Maha Esa yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pasangan yang berkahwin. Namun , ada juga yang diuji oleh Allah tidak dikurniakan zuriat ataupun lambat menimang cahaya mata. Pelbagai ikhtiara diusahakan oleh mereka selain daripada BERDOA berterusan mengharap sesuatu keajaiban dari Yang Esa. 

Kali ini saya hanya nak berkongsi pengalaman seorang rakan Shaklee yang telah berjaya hamil dengan pengambilan Set Kesuburan Shaklee sebagai ikhtiarnya untuk mendapat cahayamata. Alhamdulillah, segalanya rezeki dari Allah yang Esa berkat kesabaran dan usaha yang bersungguh-sungguh yakin dengan Kekuasaan Yang Maha Esa.

( Nor Azlina bt Mohd Ali ) 
" Kisah saya bersama set kesuburan...

Kisahnya,saya makan set resdung utk masalah tersebut kemudian saya tambah esp (masalah rambut gugur dan kerap letih ,cepat penat)..pastu GLA COMPLEX (mslh period yg pjg... Kadang tu sebulan 2 @ 3 kali)


Saya konsisten makan supplement tersebut .. 2hari sebelum raya saya period, tp kali ni hanya setitik dua sahaja.. Tp selama 3hari. Saya jadi risau nie (dalam hati.. Eh,tapi takkan kot) saya biarkan dl. Saya stop GLA COMPLEX.

Beberapa hari kemudian perut saya sakit sangat.. Makan ini tak cukup,lapar. Makan lagi lapar.(suami gembira masa tu..katanya, nak jadi gemuk la tuu..sebab awk kurus sangat..basguss laa) Perut saya sakit pedih.. Mcm gastrik. (Tapi asyik kentut 24jam...hahahahaha)

Pergi klinik,ujian negatif.. Tp dalam hati nie.. Lain. Doktor bagi ubat gastrik,saya tak makan.. Gaviscon semua ada.haissss... Saya buang ubat semua.

Selepas seminggu saya p pakar... Pun ujian negatif

Beberapa hari kemudian saya buat ujian sendiri..beli upt senyap2.. Ehehehe.. Malu kalo suami tau.tapi masa nie da delay 9hari..

Ujian samar... Da ade 2line. Tapi kabur..

Saya tunggu lagi seminggu...upt saya jelas kelihatan. Mmg sah saya mengandung... Dengan set subur gla complex + set resdung + ESP

Masa tu..abis menggeletar tangan kaki..
Allahuakbar!!
Mmg x sangka... Rezeki allah bagi.
Mungkin berkat solat tengah malam jugk... "



Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah. diberikan ruang dan peluang untuk kita mencuba, apa salahnya kan kalau kita ikhtiarkan dulu. Yang penting DOA dan PENGHARAPAN hanya pada YANG MAHA ESA. Sentiasa berbaik sangka pada ALLAH. Tidak MUSTAHIL segalanya berlaku kan? REZEKI itu MILIK ALLAH. 

Sesungguhnya , ALLAH itu lebih MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNYA. ;)

Sekian dulu perkongsian pada kali ini, moga ianya bermanfaat buat kita semua. :)

ieta's@MARZITA ZAKARIA/017.9040142/PENGEDAR SHAKLEE ANDA ;)


------------------------------------------------------

Jumaat, 11 November 2016

Tips Sihat Cergas

Tips Kekal Sihat & Cergas

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Sihat itu Anugerah Allah.
Badan Cergas & Sihat impian setiap insan yang bergelar hamba Allah.

Tak kira siapa pun dia ,yang bekerja , yang kerja sendiri , hatta surirumah sekalipun, yang muda , yang tua , semuanya mengimpikan Hidup Sihat Cergas Ceria...kannn

Harini saya nak kongsikan sedikit ilmu Allah ini dan juga pengalaman saya sendiri..

Pertama sekali di awal pagi , sebelum melakukan apa-apa tugasan hidup kita , sebutlah nama Allah "Yaa Baari" Yang Maha Mengaturkan . Zikir lah 40x setiap hari supaya hari-hari kita lalui dengan sebaik-baik perancangan Allah. In sya Allah.



Keduanya, hindarilah sifat-sifat mazmumah , sifat-sifat yang keji, sifat-sifat yang negatif kerana ianya mengundang seribu satu penyakit hati. Bila hati sakit, jasad juga sakit bersama. Betul kan...

Seterusnya , peliharalah perut dari mengisinya dengan makanan-makanan yang syubhah , makanan-makanan yang mengundang hadirnya penyakit , kerana penyakit datangnya dari perut . Kesian perut kita , bila kita sumbat dengan makanan-makanan yang mengundang risiko . Oleh itu, sama-sama kita kurangkan sedikit demi sedikit dari memakan makanan yang berlemak,berminyak, dan yang paling penting pastikan makanan kita itu seratus peratus Halalan Toyyiban.

Akhirnya , kita juga boleh mengambil supplement tambahan untuk membantu tubuh badan kita mengisi kekurangan nutrisi yang diperlukan tubuh badan setiap hari. Macam-macam kerja , macam-macam tugaskan yang kita buat sehari-hari. Ada masa rasa tak der tenaga sangat dah...

Saya la tu... hihihi... segala benda nak buat. Terutama bila dah akhir-akhir tahun ni. Nak rezo soalan pekse , nak rait , nak masuk markah, nak kemas dewan , nak berLadap dan berMesyuarat. Macam-macam kan, tapi kita kena sahutlah cabaran tersebut, jadi ikhtiarkan lah supaya badan kita kekal sihat .


( Malam-malam baru line laju buat ni )




( Ni kerja tambahan sumbangan tenaga untuk anak bangsa , malam-malam la baru boleh merempit )


( Hasil yang belum siap 100 peratus , buat sama-sama rakan )

Kalau tak support badan betul-betul , camana nak stamina tu kuatkan?.



Ostematrix memang membantu sangat-sangat menghilangkan lenguh-lenguh badan , menguatkan tulang dan gigi. Inilah kalsium terbaik saya jumpa. Dok amal makan ni lah boleh panjat tangga turun tangga hari-hari walau badan kembang setaman.kikikiki.

B-Complex ni pun saya suka. Membantu menghilangkan stress, mengurangkan rasa nak marah-marah. Kerja saya memang selalu kena menahan sabo terutama bila berhadapan dengan generasi i Love You ni. Memang tahap kesabaran perlu ditingkatkan. Hehehehe


Ambil lah juga Sustained Release Vitamin C . Saya kalau demam ,memang ambil ni je, dah lama tak kawan dengan Panadol dah. Bila time demam pun saya extra kan pengambilan Vita C ni, maintain boleh gi kerja walau badan berpeluh seram sejuk .

Buat penutup tirai saya kongsikan hasil tangan kejung saya dan tangan halus rakan-rakan saya untuk sesiapa sahaja yang sedang mencari idea hiasan pentas. Akhir tahun ni biasalah kan, projek-projek gini la yang kena ngadap. Suka suka kannn... hihihi





Sampai disini coretan saya hari ini. Pengalaman yang saya rasai , membuatkan saya teruja nak kongsikan dengan insan lain supaya kita sama-sama Sihat Cergas agar memudahkan tugas kita selaku hamba Allah .

Ikhlas dari saya
~ieta's

Sid 882012 / Marzita Zakaria / 017.9040142

Isnin, 1 Februari 2016

PROMO JIMAT FEBRUARI 2016! Nutriferon! Vitalea For Children! ;)


ASSALAMUALAIKUM ... w.b.t

Buat Semua Yang Di Sayangi...

Februari Datang Lagi, Dengan Pelbagai Lagi Tawaran Menarik Yang Shaklee Berikan...

Joom Rebut Peluang Untuk Berjimat Bulan Ini!

Kuatkan Sistem Imun Di Tahun 2016 Yang Panas Ini...

Berlalunya Januari Dengan Tawaran Super Jimat Vivix! Namun, Datangnya Februari Dengan Tawaran Super Jimat Nutriferon! Joom Rebut Tawaran Super Jimat!

Hubungi saya untuk mendapat HARGA Terbaik! In sya Allah... Satu? Dua? atau Tujuh? ... Terpulang pada anda! :)











Anak-anak saya suka sangat minum bancuhan Nutriferon ni,takder lah rasa apa sangat, seminggu sekali je saya bagi kat anak-anak, bila time demam barulah saya bagi setiap hari, tapi anak-anak memang susah nak demam, ubat klinik memang dah lama tak sentuh.

Vitalea for kid berperisa anggur pun sedap! Bukan anaknya je yang makan, maknya pun tumpang sekaki. hi hi hi ...

Saya ikhtiar dengan suppliment Shaklee aje dan di teruskan dengan habbatussauda , gabungkan sekali... ;)

In sya Allah , kita berikhtiar dan serahkan segala-galanya pada Allah jua...
Setiap yang berlaku di dunia ini, segalanya dengan izin Allah jua... :)

Salam Ukhuwwah fillah dari saya...

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami...  ;)
Hubungi Rakan Shaklee Anda 
 Marzita binti Zakaria #  ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ 
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House 
fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Ahad, 25 Oktober 2015

MAKANAN IBU BERPANTANG : MITOS & FAKTA

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
dan Selamat Sejahtera


Tempoh berpantang merupakan satu tempoh bagi ibu-ibu yang melahirkan anak merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh badan mereka. Pelbagai pantang larang perlu diikuti mengikut adat dan kebiasaan berdasarkan kedaerahan atau kenegerian masing-masing. Sebab itu , pantang larang terutama berkaitan makanan juga berbeza mengikut negeri dan daerah masing-masing. Namun , ramai ibu-ibu muda lebih suka berpantang dengan cara moden berbanding berpantang dengan cara meminum air akar kayu dan memakan jamu. Termasuklah saya sendiri. ;)






Pengenalan

Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.

Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.

Ini termasuk proses pemulihan akibat :

  • kehilangan darah semasa bersalin
  • pengecutan rahim
  • keseimbangan hormon
  • ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  • kehilangan tenaga semasa proses bersalin.

Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat,menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.

Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.

Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.

Walau bagaimanapun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tiada yang membuktikan bahawa makanan-makanan ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan. Oleh yang demikian, ia bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk mengamalkan pantang-larang ini. Namun kunci utama iaitu pengambilan makanan yang seimbang dan sihat perlulah dipatuhi untuk kekal sihat.


Berapa lamakah tempoh berpantang ?

Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :

  • wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
  •  dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
  • masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.

Perlukah diet khusus semasa berpantang ?

Sebenarnya, tiada diet atau makanan yang khusus semasa ibu berpantang.
Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut.

Tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat.

Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh. Sebagai contoh, ada jenis ikan tertentu yang dianggap boleh menyebabkan “gatal” dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. 

Namun, ibu boleh mengambil ikan jenis lain untuk memastikan sumber proteinnya dapat diperoleh. Begitu juga dengan sumber bijirin, sayur dan buah.


Apakah makanan yang perlu diambil semasa tempoh berpantang ?

Adalah penting untuk ibu memastikan makanan yang diambil semasa tempoh berpantang terdiri daripada pelbagai jenis dan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

Keperluan pemakanan ibu boleh dirujuk kepada Diet Selepas Bersalin.
 
Perkara ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu. 






Mitos dan fakta dalam amalan pantang-larang pemakanan selepas bersalin

1. Jangan makan ubi-ubian ?

Mitos : 

Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubianseperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.

Fakta:
 

Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga.
Jika ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, ibu boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasI sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu.


2. Mengelak makanan 'sejuk' ?

Mitos:


Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.

Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan. 

Fakta:


Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan  ibu dalam pantang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber:
  1. vitamin
  2. mineral
  3. fitokimia
  4. serat.
Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.

Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. 

Contohnya :
* sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, 
* ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).  
* buah-buahan : oren, betik dan pisang.
 

3. Ikan, ayam dan telur adalah 'bisa' ?

Mitos:


Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan sepertinenas dianggap sebagai ’bisa’ dan ’tajam’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh menyebabkanpendarahan bagi ibu dalam pantang. 

Fakta:


Makanan ini merupakan sumber baik bagi :
  • protein
  • vitamin
  • garam mineral.
Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran  dan dapat mencegah masalah anemia. 

Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik.

Ibu selepas bersalin memerlukan banyak protein. Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini. 



4. Ibu dalam pantang tidak boleh minum air ?

Mitos:

Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang.

Fakta:


Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan. Pengambilan air yang mencukupi penting untuk :

  1. memulihkan kecergasan badan
  2. keseimbangan elektrolit
  3. mengawal suhu badan.
Pengambilan air secukupnya amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu. Seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.


Makanan khusus yang dipercayai memulihkan kesihatan ibu dalam pantang.

Terdapat makanan khusus mengikut kepercayaan budaya sesuatu masyarakat yang mengaitkan makanan dengan kesihatan ibu dalam pantang.

Sebagai contoh penggunaan HALIA sebagai ramuan di dalam masakan merupakan amalan tradisi ibu berpantang dalam kebanyakan masyarakat. Halia dikatakan sebagai ’panas‘ atau makanan yang memanaskan badan dan dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah. Begitu juga dengan akar-kayu, minuman herba dan lain-lain lagi.

Bagi masyarakat Cina, arak (wine) akan dicampurkan ke dalam makanan ibu lepas bersalin kerana dikatakan boleh memanaskan badan. Pengambilan ikan haruan sebagai diet ibu lepas bersalin juga agak popular dalam kebanyakan kaum sama ada Melayu, Cina atu India. Ikan haruan dipercayai mempunyai kemampuan untuk memulihkan luka-luka akibat bersalin. Selain itu, pengambilan jamu juga banyak diamalkan oleh ibu lepas bersalin untuk memulihkan kesihatan dan mengembalikan kesegaran badan selepas bersalin. 

Pengambilan makanan ini boleh diambil selagi ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayinya jika ibu mengamalkan penyusuan susu ibu. Jika ibu menyusukan bayinya, ibu perlu lebih berhati-hati semasa mengambil makanan seperti ubat-ubatan herba, jamu dan alkohol kerana ia akan menyerap masuk ke dalam susu ibu. Kesan sampingan ini lebih berisiko kepada bayi pramasa atau bayi yang berumur kurang dua bulan berbanding bayi yang lebih matang. 


Ibu perlu peka kepada tanda-tanda atau perubahan yang berlaku kepada bayi seperti tidur yang tidak normal, tidak mahu menyusu, gangguan perut dan jaundis. Jika ada kebimbangan, ibu perlu memberhentikan pengambilan makanan-makanan ini dan dapatkan nasihat pegawai perubatan atau anggota klinik yang berdekatan. ( sumber rujukan MyHEALTH KPM )

Apa-apa pun semuanya bergantung dan terserah atas ibu yang berpantang tersebut. Mahu pilih cara yang bagaimana kerana masing-masing punya cara dan gaya hidup tersendiri, kannn? 

Pengalaman saya sendiri, semasa anak sulung dan anak kedua saya tambahkan dalam pemakanan pantang saya dengan Ubatan Homoepathy, namun ketika berpantangkan anak kedua ketika 40 hari baru saya cuba set menyusu dan pantang Shaklee dan diteruskan ketika berpantang anak ketiga dengan makanan tambahan Shaklee. Memang mengujakan kerana badan rasa lebih sihat dan bertenaga, tiada lagi pucat dan sebagainya kerana suppliment Shaklee yang saya ambil membantu menampung kekurangan zat dan nutrisi ketika berpantang akibat banyak makanan yang saya elakkan dari ambilnya kerana menghormati saranan ibu saya. ;)


Akhirnya, syukran jazilan kerana sudi singgah di El's Aulad House , moga ianya memberi manfaat buat pembaca budiman. In Sya Allah. Kita berikhtiar, yang menentukan hanya Allah Yang Esa. :)

Salam Ukhuwwah Fillah dari saya,
ieta :)
SID 882012


------------------------------------------------------

 Rakan Shaklee Anda :
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ 
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7