Memaparkan catatan dengan label NUTRISI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NUTRISI. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

KEKURANGAN NUTRISI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kekurangan gizi terjadi ketika seseorang tidak menerima secara cukup nutrisi dari makanan. Hal ini menyebabkan kerusakan pada organ-organ dan fungsi dari tubuh. Kekurangan makanan adalah menjadi penyebab kekurangan gizi di negara-negara miskin dan berkembang.


Namun, di negara maju seperti Barat atau Amerika Syarikat penyebab mungkin menjadi lebih bervariasi. Sebagai contoh, orang-orang dengan diet tinggi kalori kurang  mementingkan vitamin dan mineral juga dianggap kurang gizi. Ini termasuk obesiti dan kelebihan berat badan.

Image result for tanda dan gejala kekurangan nutrisi pada ibu mengandung

Penyebab kekurangan gizi meliputi:
  • Kekurangan makanan: ini umum di kalangan golongan berpendapatan rendah serta mereka yang miskin.
  • Mereka yang mengalami kesulitan untuk makan kerana gigi yang menyakitkan atau punca lain yang menyakitkan mulut. Mereka dengan disfagia atau kesulitan menelan adalah juga berisiko menghadapi kekurangan gizi. Hal ini dapat disebabkan oleh penyumbatan di kerongkong atau mulut atau luka di mulut.
  • Hilangnya nafsu makan. Penyebab umum kehilangan nafsu makan termasuk kanser, tumor, depresif penyakit dan lain penyakit mental, penyakit hati atau ginjal, penyakit kronik dll.
  • Orang-orang dengan pengetahuan yang terbatas tentang gizi cenderung mengikuti diet yang tidak sihat dengan tidak cukup gizi, vitamin dan mineral dan berisiko mengalami kekurangan gizi.
  • Orang tua yang hidup sendirian, orang-orang cacat yang hidup sendirian atau golongan muda yang tinggal sendiri sering mengalami kesulitan untuk memasak makanan sihat yang seimbang untuk diri mereka sendiri dan mungkin berisiko kekurangan gizi.
  • Orang tua (65 tahun ke atas), terutama mereka yang tinggal di pusat perubatan berada pada risiko yang lebih tinggi kekurangan gizi. Orang-orang ini memiliki jangka panjang penyakit yang mempengaruhi selera dan kemampuan untuk menyerap nutrisi dari makanan dan mereka mungkin juga mengalami kesulitan mengurus diri. Selain itu, mungkin ada seiring penyakit mental seperti stress/tekanan yang mempengaruhi nafsu makan dan makanan yang disediakan.
  • Mereka yang berhadapan dengan penyalahgunaan ubat atau ketagihan alkohol kronik.
  • Orang-orang dengan gangguan makan seperti anorexia nervosa mengalami kesulitan mempertahankan gizi yang mencukupi.
  • Orang-orang dengan penyakit pencernaan seperti ulcerative colitis atau penyakit Crohn atau malabsorption sindrom mengalami kesulitan dalam memproses nutrisi dari makanan dan mungkin menderita kekurangan gizi.
  • Orang-orang dengan lemah badan atau sering mual atau muntah.
  • Beberapa ubat cenderung mengubah kemampuan tubuh untuk menyerap dan mengurai nutrisi dan mengakibatkan kekurangan gizi.
  • Permintaan energi dari makanan melebihi jumlah makanan yang diambil. Ini termasuk orang-orang yang telah menderita penyakit serius, atau setelah mengalami prosedur pembedahan. Ini juga termasuk wanita hamil dan anak-anak yang sedang membesar dan keperluan nutrisi untuk bayi belum lahir yang menyebabkan peningkatan permintaan untuk nutrisi dan kalori yang mungkin kurang dalam diet biasa.
  • Di antara anak-anak kurangnya pengetahuan tentang makanan yang mencukupi berbanding orang tua menjadi penyebab kekurangan gizi di seluruh dunia.
  • Bayi prematur berada pada risiko yang lebih tinggi kekurangan gizi.
  • Kanak-kanak kanser hati cacat dari kelahiran (penyakit jantung keturunan), cystic fibrosis dan penyakit jangka panjang besar lainnya pada anak-anak yang menyebabkan kekurangan gizi.
  • Pengabaian anak-anak, anak-anak yatim dan orang-orang yang tinggal di rumah jagaan berada pada risiko kekurangan gizi.
Sumber , BA Hons (Cantab)

Oleh itu, berikhtiarlah semampu yang mungkin untuk memastikan keperluan nutrisi badan kita dan keluarga kita mencukupi, samada dengan pengambilan makanan yang bebas kimia ataupun dengan cara pengambilan supplement semulajadi ke arah hidup yang lebih sihat dan ceria. 

Badan sihat dan cergas memudahkan kita untuk lebih khusyuk beribadah pada Yang Esa. Bahkan menjimatkan kos rawatan ke klinik. 

Salam Ukhuwwah Fillah buat semua. Wassalam. :)
Ieta's 
ID 882012


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat???
 Hubungi kami  ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Isnin, 21 September 2015

Kenapa Perlu Makanan Tambahan@Supplement?!


VITAMIN DAN KESIHATAN : SIAPA PATUT MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN DAN MENGAPA ?

Oleh : Marcell Pick, OB/GYN NP
Terjemahan oleh Dr. Rushdan
Hampir semua orang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit diabetes (kencing manis) atau kanser. Anda tentu merasa bimbang kalau-kalau anda ada membawa gen atau baka yang menyebabkan anda juga berisiko menghidap penyakit yang sama . Kajian sains yang terkini telah menunjukkan bahawa terdapat cukup bukti untuk mengatakan bahawa sebenarnya anda boleh melakukan sesuatu untuk mengelak dari penyakit2 ini walaupun anda mempunyai faktor2 risikonya dan ianya bermula dengan pemakanan ataupun nutrisi. Dengan pengambilan nutrisi yang optima termasuk makanan tambahan (dietary supplement), anda boleh menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius kemudian hari.
Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai samada perlu kita mengambil makanan tambahan termasuk multivitamin dan mineral, samada pengambilannya akan memberi kesan yang baik ataupun sebaliknya. 50% dari penduduk Amerika mengambil makanan tambahan dan ini telah menggerakkan Institut Kesihatan Kebangsaan ( National Institute of Health USA) mengambil keputusan untuk menubuhkan panel yang akan mengeluarkan konsensus samada amalan pengambilan makanan tambahan ini selamat dan berkesan untuk melawan penyakit kronik.
Apabila kita berbincang tentang perkara seumpama ini, pasti akan wujud dua pihak yang berbeza pendapat. Tetapi berdasarkan pengalaman klinikal saya, pengambilan multivitamin dan mineral yang telah dikeluarkan oleh syarikat ternama tidak akan memudaratkan anda, malah ia boleh memberi banyak kebaikan.  Di dalam amalan saya secara peribadi, saya dapat melihat dengan jelas kebaikan mengambil makanan tambahan oleh pesakit saya, keluarga dan juga rakan-rakan saya.
 Jadi mengapa masih ramai lagi yang belum sedar peri mustahaknya pengambilan vitamin?  Vitamin apa yang perlu anda ambil ? Mengapakan banyak syarikat ubatan dan doktor yang menentang pengambilan makanan tambahan? Mengapakah berlaku perdebatan yang berterusan tentang keselamatan mengambil vitamin ?
 Mari kita kaji persoalan-persoalan ini berdasarkan kepada kajian2 terkini jadi kita mendapat maklumat yang lebih jelas.
 Jika anda membaca kenyataan “state-of-the-science statement” yang dibuat oleh panel NIH (National Institute of Health), anda dapati pendapat mereka adalah “inconclusive” ataupun tidak dapat dibuat kesimpulan yang kukuh. Akhbar dan individu2 tertentu menilai kenyataan ini sebagai tidak cukup bukti untuk mengesyorkan pengambilan multivitamin kepada orang ramai.  Pada hal ahli panel NIH tidak langsung mengeluarkan kenyataan itu, malah mereka tidak menghalang pengambilan makanan tambahan dan tidak ada bukti yang mengatakan pengambilan makanan tambahan boleh memudharatkan.
 Kita telah menggunakan makanan tambahan dan pengubahsuaian menu makan sebagai terapi perubatan semenjak lebih 20 tahun lagi. Pada hari ini, kita mengesyorkan setiap orang mengambil vitamin yang mengandungi kandungan yang selamat dan mencukupi dari syarikat2 yang berwibawa. Jadi mari kita bincang mengenai apakah pendirian kita bila bercakap mengenai makanan tambahan dan bagaimana dapat kita menjawab soalan yang berkait dengan kontroversi pengambilan vitamin.
 HUBUNGAN DI ANTARA NUTRISI DAN PENYAKIT KRONIK
 Cerita mengenai peningkatan bilangan penyakit kronik pada masa ini merupakan salah satu yang hangat diperkatakan. Pada hari ini 70% dari penduduk Amerika mati disebabkan oleh komplikasi dari penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kanser, obesiti, diabetes, depression (tekanan perasaan), penyakit metabolik dan penyakit sistem penghadaman (termasuk heartburn dan acid reflux), rheumatoid arthritis (sakit sendi), fibroids dan osteoporosis.
 Mengapakan berlaku peningkatan mendadak penyakit-penyakit kronik ini ? Jelas sekali di antara sebab-sebabnya adalah kita sekarang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, hidup di dalam stress, kedua-duanya memberi sumbangan kepada penyakit degeneratif. Dan cuma baru-baru ini sahaja kita mula sedar akan pentingnya nutrisi.

Kaedah rawatan konventional menggunakan ubat-ubatan yang sangat mahal dihasilkan oleh syarikat2 farmakeutikal, kaedah-kaedah ini lebih memberi kelegaan sementara dari kesakitan dan rasa tidak selesa. Ianya sebenarnya tidak merawat punca masalah, malah kadangkalanya membawa lebih banyak masalah di kemudian hari contohnya pengambilan ubat antiinflamasi atau steroid jangka panjang yang menyebabkan gastritis (sakit perut), sakit sendi , diabetes dan lain-lain. Ini disebabkan kaedah rawatan konventional memberi tumpuan kepada penyaringan penyakit ( disease screening) dan rawatan ubat-ubatan – ia sering menafikan pendekatan yang lebih berkesan untuk mencegah penyakit iaitu melalui nutrisi.
 Apakah pula peranan yang dimainkan oleh faktor genetik (baka) di dalam penyebab kepada penyakit kronik? Pada pandangan kami, genetik jarang menentukan secara mutlak seseorang itu untuk menghidap penyakit. Seringkali faktor genetik memerlukan faktor lain (faktor sampingan) termasuk pemakanan bagi menyebabkan ujudnya penyakit. Malah faktor nutrisi ini dikatakan di antara faktor2 sampingan yang sangat berpengaruh.  Jadi faktor genetik sahaja mungkin belum cukup kuat untuk menyebabkan berlakunya penyakit.
 Ramai di kalangan pesakit kami terkejut apabila mendapati banyak penyakit yang mereka hadapi sebenarnya boleh dikaitkan dengan kekurangan beberapa unsur bahan nutrisi. Nutrisi mempunyai pengaruh ke atas sistem pertahanan badan, fungsi organ, keseimbangan hormon dan metabolisma sel. Kekurangan bahan nutrisi akan berlaku dahulu sebelum timbul gejala2 yang kemudiannya berlakulah penyakit.


MULTIVITAMIN DAN KESEIMBANGAN HORMON

Badan kita memerlukan mikronutrin yang digunakan untuk membentuk hormon-hormon dari molekul yang kecil. Kita hampir tidak mungkin untuk mendapat keseimbangan hormon jika tanpa faktor mikronutrin ini. Kita umpamakan keseimbangan hormon ini seperti sebuah simfoni di dalam badan yang dihasilkan melalui permainan alat-alat musik okestra untuk menghasilkan kesihatan.  Apabila seorang dari pemain alat musik ini tidak ada, simfoni yang dihasilkan itu akan menjadi cacat dan anda berasa tidak sihat.
 Ingat, hormon badan kita akan naik dan turun mengikut keadaan. Tahap hormon kortisol dan adrenalin akan turun naik jika kita di dalam keadaan stres atau sebaliknya. Tahap hormon insulin yang stabil adalah penting untuk hormon2 badan berkomunikasi. Apabila bahan nutrin adalah rendah ataupun tiada, keseimbangan ini akan terganggu.

MENGAPA PEMAKANAN BIASA TIDAK MENCUKUPI

Di Amerika, pengambilan makanan dianggap mencukupi tetapi penyakit kronik sangat tinggi, ini adalah gambaran bahawa kuantiti sahaja tidak mencukupi jika kualiti makanan itu tidak dijaga. Malah kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sememangnya makanan yang diambil itu tidak mengandungi cukup nilai-nilai tinggi bahan nutrisi seperti vitamin dan mineral. Inilah punca meningkatnya penyakit kronik. Kita juga dapat melihat berlakunya peningkatan penyakit-penyakit kronik di kalangan mereka yang lebih muda. Contohnya penyakit diabetes dan darah tinggi yang mula dihidapi oleh anak2 muda….ini banyak dikaitkan dengan meningkatan rintangan hormon insulin (“insulin resistance”) yang disebabkan oleh makanan moden hari ini.
 Ramai di kalangan kita tidak mengambil makanan yang mempunyai nilai nutrisi mencukupi. Kita mengambil makanan yang “bukan bahan makanan” ….makanan segera, makanan yang diproses berlebihan, makanan yang tinggi gula , karbohidrat , bahan pengawit dan kuantiti lemak tepu yang tinggi. Kita mengambil banyak bahan peransang yang mengganggu keupayaan sistem penghadaman kita menyerap vitamin dan mineral.
 Sebab-sebab lain adalah, kaedah penangkapan ikan dan perladangan/pertanian kita telah berubah secara drastik (mendadak). Pada masa lalu, hasil tuaian adalah dari bahan nutrin asli yang diperolehi dari tanah yang tidak tercemar dan jika ikan pula diperolehi dari laut yang bersih, tanpa keracunan dan kontaminasi. Sekarang kita menggunakan racun serangga, baja inorganik dan air yang tercemar untuk menghasilkan tanaman yang tumbuh cepat dan dapat dituai dengan pantas. Kaedah ini berjaya menghasilkan tanaman yang besar2, berwarna-warni tetapi kekurangan nilai nutrisi/pemakanan, malah ia mungkin boleh memudharatkan…tidak kurang juga yang sudah kehilangan rasa yang enak.
 Kajian telah menunjukkan bahawa, tanaman yang dihasilkan secara organik bukan sahaja bebas dari bahan toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita, tetapi ianya juga mengandungi bahan mikronutrin (vitamin, mineral etc) yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, penggunaan baja organofosfat secara rutin selama lebih 50 tahun telah menyebabkan kurang kandungan kalsium di dalam sayuran brakoli yang di tanam secara konventional. Pengurangan kandungan kalsium ini dikatakan kurang sehingga tinggal satu per-enam dari kandungan asal semasa tahun 1950 an. Walau bagaimanapun selagi masyarakat kita meletakkan wang sebagai tumpuan utama, kita perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan bahan2 makanan organik ini yang tentu sekali mampu dimiliki oleh segelintir orang. Dengan keadaan ini, pengambilan makanan tambahan nampaknya satu alternatif yang baik.
 Kita juga mengimpot makanan dari tempat yang jauh, jadi makanan ini perlu menjalani berbagai-bagai proses seperti pembungkusan, pembalutan, semburan bahan kimia untuk mencegahnya dari menjadi busuk dan layu.

Faktor yang seterusnya adalah amalan mengurangkan berat badan melalui pemakanan. Hampir separuh dari penduduk Amerika sedang mengamalkan salah satu kaedah mengurangkan berat badan. Banyak kaedah-kaedah ini “merompak” bahan nutrin yang diperlukan oleh badan. Dan pemakanan yang bersifat yo-yo yakni kurang berat badan dan naik berat badan yang berlaku berulang-ulang kali secara bergilir2 akan meningkatkan tekanan atau stres kepada badan kita.

KAITAN DI ANTARA STRES DAN NUTRISI

Di atas kaedah pemakanan yang mengelirukan, badan kita mungkin akan mengalami stres yang di luar kawalan. Stres yang dialami ini bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga emosi dan psikologikal.

Mari kita mulakan dengan isu alam sekitar. Bahan kimia toksik, pencemaran udara, radiasi, polimer tiruan, hormon di dalam daging serta susu, racun serangga dan klorin di dalam air minuman adalah di antara banyak lagi akibat kerakusan manusia di dalam mencemarkan alam sekitar. Hamburger di dalam makanan segera didapati mengandungi racun serangga. Malah dengan memasukkan makanan  yang disimpan di dalam bekas plastik ke dalam ketuhar gelombang mikro boleh menukar makanan kita kepada toksin. Daripada apa-apa sumber sekalipun, bahan-bahan kimia ini akan memberi tekanan kepada organ hati untuk menyahtoksikkan bahan2 ini. Proses menyahtoksikkan (detoxifying) ini akan menggunakan beberapa bahan nutrin penting yang disimpan.

Kita juga sering mengalami stres semasa menjalani kehidupan harian….stres dari anak2, pasangan kita, tempat kerja, rakan, ibubapa dan lain2. Stres dikatakan boleh mengurangkan simpanan bahan-bahan nutrin dan juga sistem pertahanan badan. Stres meningkatkan kandungan hormon kortisol, dan tahap kortisol yang sentiasa tinggi boleh memudharatkan badan dan otak.

Jadi stres boleh menambahkan kesan buruk yang dibawa oleh pengambilan makanan yang tidak sihat terutamanya makanan yang diamalkan oleh orang2 Barat. Jika kekurangan zat makanan berlaku secara mendadak, kita akan mengalami sakit dengan cepat. Tapi seringkali kekurangan zat makanan akan memudharatkan badan kita secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Akhirnya kita akan mula menunjukkan tanda2 proses ketuaan yang lebih cepat dan menghidapi penyakit kronik. Masalah kita akan kekal malah boleh menjadi semakin parah sehingga kita mengamalkan pengambilan bahan nutrin yang mencukupi. Inilah sebabnya mengapa pengambilan makanan tambahan boleh memberi impak yang positif ke atas kehidupan kita.
FUNGSI AMALAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
Kajian yang dilakukan pada tahun 2002 yang diterbitkan oleh Journal of The American Medical Association menyatakan bahawa kekurangan sesuatu vitamin adalah faktor risiko kepada berlakunya penyakit kronik dan ini adalah sesuatu fenomena yang sering berlaku ke atas masyarakat kita. Laporan itu selanjutnya mengatakan bahawa kebanyakan orang ramai tidak mengambil kuantiti vitamin yang mencukupi di dalam makanan mereka.  Ini menunjukkan betapa amalan pengambilan makanan tambahan adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan kepentingannya.

Syukran kerana Sudi ke blog saya ... Ieta ;)
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami: ;)
Rakan Shaklee Anda
Marzita binti Zakaria
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Khamis, 20 Ogos 2015

TIPS PANDUAN MEMILIH PRODUK@SUPPLIMENT TERBAIK - siri 3/3


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, kali ini saya teruskan lagi perkongsian berkaitan panduan memilih produk nutrisi terbaik.. Moga dapat membantu sahabat-sahabat membuat pemilihan yang tepat dan TERBAIK! :)

Tips seterusnya ialah...

9- Berapa ramaikah Saintis Sepenuh Masa yang Bekerja dengan Syarikat Pengeluar Suppliment tersebut?
Pengeluar Suppliment yang berkualiti tinggi akan mempunyai ramai saintis-saintis dan kakitangan yang bertauliah Sarjana atau lebih tinggi dalam bidang pemakanan.

Image result for saintis shaklee
gambar ihsan google

10- Adakah Pengeluar Suppliment mempunyai Kemudahan penyelidikan Yang Sah?
Pengeluar berkualiti  akan mempunyai bangunan berasingan yang dikhususkan untuk penyelidikan. Pengeluar lebih tinggi reputasinya akan meletakkan kemudahan penyelidikan mereka di sekolah-sekolah perubatan berprestij.

11- Adakah Pengeluar Suppliment mempunyai Bajet penyelidikan bagi Produk Suppliment mereka?
Pengeluar berkualiti tinggi harus memperuntukkan sekurang-kurangnya US$1,000,000 setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan produk mereka.

12- Adakah Pengeluar Suppliment melakukan Ujian Klinikal pada Produk Suppliment mereka?
 Pengeluar berkualiti tinggi akan melakukan ujian klinikal ke atas produk suppliment mereka di institusi berprestij seperti Havard, Universiti Tufts, John Hopkins, Yale, UCLA, Stanford University, University of California Berkley. Ujian klinikal seperti ini harus dilakukan oleh institusi diluar sana supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah.
Image result for saintis shaklee


13- Adakah Pengilang menerbitkan Penemuan Klinikal mereka dalam jurnal-jurnal Ulasan Sains?
Pengeluar suppliment bukan sahaja melakukan ujian klinikal ke atas produk mereka,tetapi,mereka juga menerbitkan hasil klinikal mereka dalam jurnal-jurnal ulasan sains.

Image result for saintis shaklee

Pastikan anda kenal dan tahu jenis bagaimanakah suppliment yang anda ambil, Jaminan Kualitinya , kandungannya, dan sebagainya... Moga sedikit pengetahuan yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan panduan untuk kita semua memilih produk nutrisi yang TERBAIK!

Ini kerana ' TIDAK Semua Produk Pemakanan Sama Ciptaannya!'



Terima kasih sudi lawat blog saya.... :)
Ieta 
SID 882012 :) 
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Rabu, 19 Ogos 2015

TIPS PANDUAN MEMILIH PRODUK NUTRISI@SUPPLIMENT TERBAIK - siri 2/3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini kita sambung tips yang seterusnya buat panduan kita semua dalam mencari yang TERBAIK! :)

5- Adakah Produk Suppliment Yang Anda gunakan diperbuat daripada bahan Semulajadi atau Sintetik?
Bukan semua produk suppliment adalah 100% semulajadi; 
Contoh bagi vitamin B .... ada vitamin B yang mendakwa 100% semulajadi. Sesiapa yang mendakwa demikian adalah Salah.
Semua produk pemakanan berkualiti tinggi akan mengandungi banyak bahan-bahan semulajadi.

sumber pakcik google :)


6- Adakah Produk Pemakanan mempunyai tarikh luput dicap pada botol?
sama seperti makanan yang akan rosak selepas tarikh luput, ini juga berlaku pada produk nutrisi. semua produk suppliment yang berkualiti tinggi akan dicap 'tarikh luput' pada botol mereka.

7- Adakah Produk Suppliment tersebut LULUS "ujian air"?
Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi.
Banyak produk pemakanan di pasaran mempunyai banyak bahan pengikat tiruan , bahan pengisi dan bahan pewarna yang apabila dimakan, sistem pencernaan kita tidak dapaat memecahkan pil untuk penyerapan. 
Ujian Air: Ambil pil sample daripada produk suppliment anda dan letakkan di dalam segelas air. Pil anda harus benar-benar larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit.Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak dapat memecahkan produk-produk tersebut dan menyerapnya ke dalam darah anda.

8- Adakah Pengeluar Produk Pemakanan Anda Mempunyai Lembaga Penasihat Saintifik yang Sah?
Syarikat Nutrisi berkualiti akan mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli sains yang terkenal di dunia. Banyak pengeluar pemakanan yang kurang ternama akan mempunyai 'lembaga penasihat' mereka terdiri daripada orang-orang yang tidak mempunyai pengiktirafan ijazah lanjutan dalam bidang biokimia atau pemakanan dan tiada autoriti dalam bidang pemakanan.

Okey, setakat ini dulu perkongsian tips panduan dalam memilih produk nutrisi TERBAIK demi menjamin KUALITI yang terbaik. Untuk kita jugaaa...
In Sya Allah , nanti kita sambung dalam siri yang ke 3 pula iaitu siri yang terakhir... :)
Syukran sudi singgah ke blog saya dan membaca coretan saya yang tak seberapa... :)
Salam Ukhuwwah Fillah dari saya...
Ieta... ;)
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Selasa, 18 Ogos 2015

TIPS PANDUAN MEMILIH PRODUK NUTRISI@SUPPLIMENT TERBAIK - siri 1/3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila menyebut berkenaan produk nutrisi atau suppliment pasti pelbagai persoalan timbul di fikiran kita kan? Apakah produk tersebut selamat, berkesan, halal atau sebagainya.
Kali ini mari kita sama-sama semak apakah ciri-ciri terbaik yang perlu ada untuk mendapatkan produk nutrisi yang bermutu tinggi. 

Gambar Ihsan Google


1- Siapa Syarikat Pengilang Produk Suppliment?
Terdapat banyak suppliment di pasaran yang hanya menjual dan mengedar produk tertentu tetapi tidak mengeluarkannya sendiri. Jadi, pastikan anda memilih produk yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh syarikat yang sama!. Ini kerana syarikat akan kualiti proses pembuatan dikawal dengan ketat oleh syarikat tersebut.

2- Adakah Pengeluar Suppliment mematuhi Prosedur FDA bagi Perkilangan yang baik?
Ia adalah penting untuk mengetahui samada produk suppliment tersebut telah dikeluarkan di bawah Prosedur Pengilangan baik FDA (GMP).

Gambar Ihsan Pakcik Google

Apakah itu GMP?
GMP ialah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmaseutikal perlu mematuhi peruntukkan undang-undang.
Prosedur ini tidak diperlukan oleh industri suppliment namun syarikat-syarikat yang terkenal adalah mereka yang bersedia untuk mematuhi garis panduan ini.
Terdapat hanya segelintir syarikat nutrisi yang telah melaksanakan garis panduan ini dalam prosedur pembuatan mereka.

3- Adakah Produk Nutrisi itu menjalani Ujian Kualiti Bahan-bahan mereka?
Setiap kelompok produk pemakanan perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban dan kualiti.produk-produk suppliment yang TERBAIK akan mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti ke atas setiap salah satu produk suppliment mereka!

4- Adakah Produk Nutrisi ini Mempunyai Makmal Bebas Yang Mengesahkan Kualiti Mereka dengan Keputusan yang Di sediakan kepada Orang Ramai?
Pengilang produk suppliment perlu menyediakan produk-produk kepada makmal bebas untuk mengesahkan kualiti mereka. Satu bidang mudah yang perlu disahkan adalah jumlah yang dinyatakan mengenai bahan tertentu yang disenaraikan pada label produk dengan jumlah sebenar yang terkandung dalam pil. Anda akan terkejut dan marah pada jumlah produk pemakanan di pasaran yang tidak mengandungi jumlah seperti yang disenaraikan pada label mereka!

okey, ini antara perkara-perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum memilih produk manakah yang TERBAIK demi kehidupan yang lebih sihat dan pulangan yang menguntungkan diri anda. 
Nantikan sambungannya pada entri yang seterusnya.... siri 2 :)

Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya... :)
Ieta ;)

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
COD Temerloh, Mentakab,/ Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Rabu, 10 Disember 2014

SUPPLIMENT TIDAK BERKESAN

SUPPLIMENT TIDAK BERKESAN!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca budiman... :)

" Saya dah makan Suppliment! Tapi tak berkesan pun! "

elauladhouse.blogspot.com

Pasti ada rungutan sebegini kan? Apa kata kita muhasabah semula apa yang kita ambil dan cara pengambilan kita tu... :)


Antara punca dan sebab suppliment yang kita makan tidak memberikan kesan yang sepatutnya adalah:


1. KURANG MINUM AIR PUTIH


elauladhouse.blogspot.com

**air putih dapat membantu penyerapan vitamin dengan optimum. Pembuangan sisa buangan lebih lancar. Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan kita.


2. BANYAK TOKSIN DALAM BADAN


elauladhouse.blogspot.com
**tahukah anda bahawa toksin mengurangkan penyerapan nutrisi? Ya.. Pelbagai penyakit berlaku disebabkan toksin. Sebaiknya detox dahulu untuk memastikan suppliment yang kita ambil mudah menyerap dalam badan kita.


3. MAKAN BANYAK VITAMIN DALAM SATU MASA




**kombinasi beberapa vitamin yang diambil serentak boleh mengganggu penyerapannya. Plan jadual pengambilan suppliment kita dengan baik untuk mendapatkan hasil yang optimum. Insya Allah , sebagai SID yang bertanggungjawab, kami menyediakan cadangan jadual kepada para pelanggan kami.


4. PENGAMBILAN KAFEIN


elauladhouse.blogspot.com

**Kafein mengganggu penyerapan suppliment. Jika kita tidak boleh meninggalkan tabiat ini, rancanglah supaya masa minuman berkafein 2 jam daripada masa pengambilan suppliment.


5.PENGAMBILAN VITAMIN BERSAMA JAMU



**jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam untuk penyerapan yang lebih efektif


6.TIDAK KONSISTEN DALAM PENGAMBILAN VITAMIN



**walau dengan jadual pengambilan suppliment yang baik, tanpa disiplin diri yang kuat, sikap acuh tak acuh dalam pengambilan suppliment menyebabkan pembaziran dan anda tidak mendapat kesan positif seperti orang lain.


SUDAH TENTU KITA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA KANNN?


JOM!!! Tinggalkan amalan kurang sihat ini demi kehidupan yang lebih sihat. Ibadah pun tenang! Kannn? :)

Ukhuwwah Fillah Untuk Semua... :)
##ieta##


------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;)

 Rakan Shaklee Anda 

Marzita binti Zakaria

# ummi Els @ ieta # 

Pengedar Sah Shaklee Malaysia 

Khidmat Pos Seluruh Malaysia

 COD Temerloh, Mentakab,

Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )

Shaklee ID [ No : 882012 ]

call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142

email : ietas32@yahoo. com

fb page : Els Aulad House

 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7