Memaparkan catatan dengan label OMEGA GUARD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OMEGA GUARD. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Oktober 2015

KEPENTINGAN MINYAK IKAN OMEGA 3 BUAT IBU HAMIL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pemakanan yang sihat amatlah dititik beratkan sewaktu proses kehamilan bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat dan ceria. Kali ini , In Sya Allah saya akan kupas berkaitan pentingnya minyak ikan kepada ibu hamil.


Sepanjang kehamilan, bakal ibu harus benar-benar menyedari bahawa dirinya adalah penunjang kehidupan janin dalam rahimnya, ertinya pada saat kehamilan ia harus mencukupkan keperluan nutrisi bagi dua orang, dirinya sendiri dan bakal bayi yang akan lahir. Kecukupan keperluan gizi ini pun, dilakukan ibu dalam menghadapi masa-masa perkembangan anak mereka, baik selama hamil dan menyusu. Berbagai kajian tentang keperluan nutrisi semasa kehamilan dan menyusu semakin banyak. Di antaranya adalah pentingnya Omega 3 baik bagi perkembangan janin yang sihat, serta bagi kesihatan ibu.
 



Apa Yang Dimaksud Dengan Omega 3?



Omega 3 termasuk kategori rantai panjang yang merupakan nutrisi penting untuk kesihatan dan perkembangan sel-sel tubuh. Sayangnya, ASID lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia sehingga perlu didapati dari makanan sehari-hari atau supplement. Namun, pola makan sehari-hari masyarakat dewasa kini umumnya sangat kekurangan Omega 3.

Pengambilan Omega 3 sangat penting untuk mempertahankan keseimbangan suatu zat seperti hormon yang disebut prostaglandin. Prostaglandin membantu mengatur banyak fungsi fisiologi yang penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, sistem saraf, tindak balas inflamasi dan alergi, fungsi ginjal dan saluran pencernaan, dan hormon lainnya. Tergantung pada jenis ASID lemak dalam makanan, beberapa jenis prostaglandin dapat dikeluarkan dalam jumlah besar, sementara yang lain mungkin tidak dihasilkan sama sekali. Ketidakseimbangan prostaglandin dapat menyebabkan penyakit.

Penelitian menunjukkan bahwa dua jenis lemak Omega 3 yang paling banyak manfaatnya adalah EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid). Meskipun EPA dan DHA secara semulajadinya terhasil bersama-sama dan bekerja sama dalam tubuh, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak tersebut memiliki manfaat unik tersendiri. EPA membantu jantung, sistem kekebalan tubuh, dan tindak balas inflamasi. DHA membantu fungsi otak, mata, dan sistem saraf pusat yang kerana itu penting bagi ibu hamil dan menyusu.





Bagi ibu hamil, omega 3 berfungsi untuk mengurangi kejadian preeklampsia, tekanan setelah melahirkan dan kemungkinan keguguran. Omega 3 juga berfungsi untuk meningkatkan kualiti air susu ibu, tidak seperti air susu mamalia jenis lain, air susu ibu (manusia) mengandung omega 3. Omega 3 berasal dari ikan yang tinggal di daerah dingin seperti tuna,salmon, herring, kod. Namun pengamalan daging ikan sebagai sumber omega 3 untuk ibu hamil tidak dianjurkan karena ada kemungkinan ikan tercemar oleh logam berat yang boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Kerana omega 3 penting bagi ibu dan bakal bayi dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, pengambilan omega 3 tidak dapat dihindari. Sebagai alternatif, para ibu hamil dapat mengamalkan omega 3 dalam bentuk minyak yang sudah melewati proses ekstraksi untuk meningkatkan kemurnian dan menghilangkan pencemaran.


Manfaat Omega 3 untuk ibu hamil dan menyusu:


1. Sebagai pembentukan sistem imun

Dalam buku Omega-3 Oils, A Practical Guide, 1996 karangan Donald Rudin, M.D. dan Clara Felix disebutkan bahawa Omega-3 berperanan penting dalam perkembangan sistem imun, yang terbentuk selama masa kehamilan dan bulan-bulan pertama setelah kelahiran. Jika seorang wanita hamil kurang mengambil Omega 3, anaknya berkemungkinan akan  menderita gangguan fizikal dan mental kerana kurangnya sistem kekebalan tubuh.





2. Sebagai bahan utama dalam perkembangan otak janin

Omega-3 juga memiliki peranan  yang sangat penting pada perkembangan otak janin. Pada tahun 1968, seorang ilmuwan Sweden, Lars Svennerholm menemukan DHA (dari Omega-3)  yang terdapat dalam otak merupakan  penyusun sel otak. Dia juga menyimpulkan bahwa perkembangan sel otak janin sangat tergantung pada jumlah Omega-3  yang berasal dari ibunya, kerana janin belum dapat mengubah asid lemak  dalam tubuhnya sendiri.



3. Mencegah kelahiran pra matang.

Sebuah kumpulan yang dipimpin oleh Berthold Koletzko, M.D., Rumah Sakit Kanak-kanak Dr. Von Hauner, Universiti Munich menyatakan bahawa wanita hamil dan menyusu harus mengambil  setidaknya 200 mg DHA per hari. Mereka menjumpai wanita dengan pengambilan  Omega-3 DHA lebih tinggi memiliki kehamilan lebih sihat, dengan berat bayi lahir yang lebih tinggi dan kehamilan pramatang  yang kurang. Pengambilan  DHA juga dihubungkan dengan peningkatan kecerdasan anak dan perkembangan mata.





4. Berperanan  dalam kecerdasan visual dan kognitif bayi

University of Western Australia membuat penelitian  98 wanita hamil yang mengamalkan  4 gram supplement  Omega-3  dari ikan atau 4 gram olive oil (minyak zaitun)sehari selama 20 minggu masa kehamilan hingga bayi lahir. Setelah anak yang lahir berusia 2 tahun, dilakukan ujian  untuk menilai pertumbuhan bayi. Anak-anak yang ibunya mengamalkan supplement  Omega-3 memiliki nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, serta jumlah kosa kata yang mereka miliki dibandingkan dengan anak yang ibunya mengonsumsi Olive Oil. Profesor Susan Prescott  yang memimpin penelitian tersebut menyebutkan supplement Omega-3 yang diamalkan terus menerus selama kehamilan tidak saja selamat, tapi juga sangat diperlukan bagi bayi dan ibu di kemudian hari.





5. Dos  Omega 3 Yang Diperlukan

Pengambilan Omega 3 oleh ibu hamil telah dircadangkan oleh United States Food and Drug Administration dan National Institute of Healthy iaitu, dalam satu hari, Ibu hamil memerlukan sekitar 300 mg omega 3. Pengambilan  Omega 3 sangat penting pada trimester ketiga kehamilan kerana pada fasa inilah ibu menyalurkan  Omega 3 kepada bayi dalam kandungan.



Sedangkan menurut ISSFAL (International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids) menganjurkan  pengambilan  Omega-3 bagi beberapa golongan usia, seperti berikut ini:



Bayi (1-18 bulan):

Berat badan 0 – 6,8 kg: 70 mg EPA + DHA/kg berat badan



Kanak-kanak (1,5-15 tahun):

33 mg EPA + DHA/kg berat badan.



Dewasa (15-115 tahun):

500 mg EPA + DHA (Dengan minimal 220 mg EPA dan 220 mg DHA).



Wanita hamil dan menyusu:

300 mg DHA setiap hari.


Sekian untuk entri kali ini.
Syukran kerana sudi singgah ke " El's Aulad House"... :)
Salam Ukhuwwah Fillah...
Ieta ;)
SID 882012

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya :
 Rakan Shaklee Anda :
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta #
 Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ 
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House
 fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

Khamis, 15 Oktober 2015

MANFAAT OMEGA 3, 6, 9 dan KESAN BURUK BILA PENGAMBILAN BERLEBIHAN


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
dan Salam Sejahtera... :)

Tahukah Anda?
Bahawa Lemak Omega 3, 6 dan 9 menjadi salah satu yang terpenting untuk diambil?
Kenapa sedemikian?
Apakah manfaatnya bagi tubuh?



Mari kita lihat ulasan berikut...

Tubuh memerlukan banyak vitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi seharian bagi menyokong aktiviti dan tugas seharian. Selain bersumberkan buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin, ada sumber lain yang juga penting bagi tubuh. Nutrisi tersebut tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh iaitu Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.

Namun, entri kali ini saya hanya mahu bercerita tentang Omega 3 ... :)

Omega 3 merupakan jenis lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Omega 3 terhasil dari EPA ( Eicosapentaenoic Acid ) , DHA ( Docosahexaenoic Acid ) dan ALA (A-linolenat).

Manfaatnya:
Bila anda rajin mengamalkan pengambilan Omega 3 setiap hari tanpa dos berlebihan, banyak manfaat yang dapat diperolehi!

Bermula dari membantu perkembangan otak dan memori anak-anak, mencegah penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol tinggi, menyihatkan mata, mengurangkan tekanan, bahkan boleh diambil oleh Ibu Hamil!...

Image result for sumber omega 3

Ya, Ibu Hamil yang mengamalkan Omega 3 boleh membuatkan bayi mereka sihat dan cerdas juga dapat meningkatkan kualiti air susu Ibu.

Bukan Ibu Hamil sahaja malahan kanak-kanak juga dapat manfaatnya dari pengambilan Omega 3 dengan teratur. Menurut penelitian , anak yang tidak suka memakan ikan boleh menjejaskan perkembangan otak dan kesihatan mata.Ya, Omega 3 pasti dapat membantu masalah ini.

Ternyata, banyak makanan sehari-hari yang juga mengandungi Omega 3 seperti telur ayam, salmon , tuna dan kacang walnut.

Namun, dalam dunia yang serba moden sekarang , segala-galanya mudah untuk mencukupkan keperluan nutrisi seharian. Pengambilan Omega 3 boleh juga diambil melalui pengambilan supplement @ makanan tambahan.terutama bagi mereka yang sibuk dengan tugas dan kerja sehari-hari. Pelbagai jenama di pasaran, namun pilihan saya seisi keluarga hanyalah Omega Guard Shaklee! :) Alhamdulillah anak-anak saya gemar siap kunyah-kunyah lagi walaupun saya sendiri, sejujurnya tidak pernah mengunyahnya, hanya telan je terus sebab ianya didatangkan dalam soft gel yang lembut. ;)





Andai anda ingin mencuba sepertimana saya dan keluarga saya cuba, boleh hubungi saya untuk mendapatkannya. Segala pertanyaan juga In Sya Allah akan saya cuba jawab semampu boleh. syukran sudi baca entri saya kali ini. :)

Salam Ukhuwwah Fillah dari saya,
Ieta
SID 882012
:) :) :)
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami :
Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
COD Temerloh, Mentakab,/ 
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7

10 MAKANAN YANG MENGANDUNGI OMEGA 3

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
dan 
Salam Sejahtera



Untuk meningkatkan kecerdasan otak anda memerlukan nutrisi bagi otak seperti lemak omega-3. Orang memang biasa mengetahui bahawa omega-3 bermanfaat untuk mencerdaskan otak, tapi sebenarnya manfaat omega-3 tidak berhenti sampai di situ saja. Penelitian telah menunjukkan bahwa lemak omega-3 dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung dengan mengurangi risiko detak jantung yang tidak normal, sehingga dapat memperkecil risiko kematian mendadak akibat serangan jantung. Fungsi lain dari omega-3 iaitu mampu memperlambat pertumbuhan plak di arteri dan menurunkan kadar kolesterol jahat atau LDL dalam darah.

 

10 makanan yang mengandungi  Omega-3



1. Ikan salmon. 
Ikan salmon masuk dalam daftar makanan yang dapat meningkatkan kecerdasan otak kerana mengandung tinggi asam lemak omega-3. Ikan yang satu ini memang terkenal kerana dipercayai dapat meningkatkan kecerdasan otak, terutama bagi anak-anak. Satu potong ikan salmon mengandung sekitar 1.700 mg ini merupakan yang terbanyak dari semua jenis ikan yang dapat diketahui manusia.  
Image result for ikan salmon
 
2. Telur. 
Selain dari ikan salmon, Omega 3 juga boleh didapati dari telur. Berbeza dengan ikan salmon yang memiliki harga cukup mahal, telur lebih murah dan pastinya mudah didapati. 1 butir telur mengandungi sekitar 60-150 mg omega-3, jumlah ini sebenarnya relatif sedikit akan tetapi boleh anda jadikan sebagai tambahan sumber omega-3 yang murah. Lebih lengkap anda boleh mengambil 7 biji  telur bagi kesihatan.
Image result for telur
3. Jenis kacang-kacangan. 
Beberapa jenis kacang seperti Almond, walnut, kacang mete dan gajus merupakan sumber yang sangat baik dari Omega-3. Bahkan, ¼ mangkuk kacang walnut mengandung 2,3 gram omega-3, jumlah tersebut akan memenuhi sekitar 91% dari keperluan omega-3 harian anda.
Image result for sumber kekacang omega 3
4. Ikan sardin. 
Omega-3 dapat ditemukan dari jenis ikan yang berminyak seperti ikan salmon dan juga sardin. Meskipun kandungan omega-3 dalam ikan sardin tidak sebanyak yang dimiliki ikan salmon, tetapi ikan sardin juga merupakan sumber vitamin D. Jadi satu ikan sardin bisa memberikan manfaat yang berganda bagi anda.
Image result for ikan sardin omega 3



5. Ikan tuna. 
Selain mengandungi lemak omega-3, ikan tuna juga merupakan sumber protein berkualiti tinggi yang akan membantu anda merasa kenyang lebih lama sekaligus membantu pembentukan otot. Pastikan anda mendapatkan ikan tuna yang sihat kerana banyak dari jenis ikan yang sudah tercemar oleh bahan kimia.
 
 Image result for ikan tuna omega 3
6. Sayur bayam.
Sayur yang satu ini memang sudah diketahui ramai mengandungi banyak nutrisi penting yang diperlukan manusia. Bayam mengandungi aneka mineral penting seperti zat besi, kalium, dan ditambah dengan protein dan serat untuk keseimbangan tubuh secara keseluruhan. Tidak banyak orang yang tahu bahawa sayur berdaun hijau ini juga mengandungi Omega-3 walaupun bukan dalam jumlah yang besar.
Image result for bayam hijau sumber omega 3
7. Minyak Krill. 
Krill adalah sejenis udang kecil yang ditemukan di hampir semua lautan, dan yang paling melimpah adalah lautan antartika. Minyak Krill diperkaya dengan omega-3 dan antioksidan 48 kali lebih tinggi dari minyak ikan. Minyak Krill diketahui juga mengandung astaxanthin, flavonoid yang merupakan jenis antioksidan kuat.
Image result for minyak krill sumber omega 3
8.  Minyak zaitun. 
Minyak zaitun mengandung Asid linoleik yang merupakan  salah satu dari dua keluarga asam lemak esensial. Asid linoleik mengandung Omega 6 dan Omega 3 yang bermanfaat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan stroke.
 Image result for minyak zaitun sumber omega 3
9. Daging Lembu. 
Daging lembu boleh menjadi pilihan yang baik bagi anda untuk mendapatkan omega-3. Lembu yang diberi makan rumput memiliki kualiti gizi lebih baik termasuk kandungan lemak Omega-3 lebih tinggi jika dibandingkan lembu yang diberi makan selain rumput.

Image result for lembu sumber omega 3
10. Susu kambing dan lembu. 
Lembu dan kambing yang diberi makan rumput tidak diberi campuran makanan lain memiliki kandungan lemak omega-3 lebih tinggi. Ini juga boleh menjadi pilihan bagi anda yang ingin mengamalkan pengambilan daging lembu tanpa perlu bimbang kolesterol anda akan naik.
Image result for susu lembu dan kambing sumber omega 3
Terpulang atas cara dan usaha masing-masing untuk memastikan keperluan Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh mencukupi dalam diet seharian kita. Bagi mereka yang hidupnya sentiasa sibuk dan tidak mampu untuk memastikan Omega 3 dalam diet seharian boleh mencuba mengamalkan Omega Guard Shaklee yang nyata berbeza dari lain-lain Omega di pasaran. 
Mari kita lihat serba sedikit perbandingan Omega Guard Shaklee berbanding produk minyak ikan yang lain dipasaran:


 Apakah kandungan penting Omega Guard Shaklee?


Sekian dulu entri saya kali ini. Syukran sudi hadir ke El's Aulad House , Joooommm grab sekarang untuk kesihatan yang lebih baik. :)

elsauladhouse.blogspot.com

Salam Ukhuwwah Fillah,
Ieta :)
SID 882012

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami... Berminat??? Hubungi kami : ;) 
 Rakan Shaklee Anda 
Marzita binti Zakaria
# ummi Els @ ieta # 
Pengedar Sah Shaklee Malaysia 
 COD Temerloh, Mentakab,/ 
Sg Tekam,Bandar Jengka,Chini & Chini Timur ( hujung minggu )
Shaklee ID [ No : 882012 ]
call/sms/whatsapp/telegram : 017-9040142
email : ietas32@yahoo. com
fb page : Els Aulad House fb : https://www.facebook.com/marzita.zakaria.7